Salam dari Arm...
Akhirnya tamatlah saingan pasukan bola sepak Malaysia dalam memburu pingat emas dalam sukan Asia 2010 kali ini, setelah tewas dengan sebuah pasukan gergasi di Asia nie, yang mana tak lain dan tak bukan adalah Iran!
Apa-apa pun Arm nak ucapkan tahniah jugalah kepada pasukan bola sepak Malaysia, kerana walaupun tidak dapat membawa pulang pingat emas pada sukan Asia nie, sekurang-kurangnya berjaya juga layak ke pusingan kedua selepas kali terakhir adalah pada tahun 1978...
Kalah 1-3 kepada Iran nie pun kira oklah tue, jika hendak dibandingkan dengan kekalahan 0-3 di kaki China atas bantuan pengadil perlawanan yang ketara berat sebelah yang lain dan tak bukan iaitu Ben Williams dari Australia yang mana telah melayangkan 3 kad merah dan banyak kad kuning kat pemain-pemain Malaysia...
Dengan ramainya tonggak pemain utama Malaysia yang cedera dan ditambah lagi dengan penggantungan pemain akibat layangan kad merah dari pengadil gila dari Australia, K Rajagobal tidak ada pilihan lagi selain menurunkan pemain simpanan yang ada. Sampaikan K Rajagobal kata, kalau boleh dia main time lawan Iran, dia pun nak main sekali...
Apa-apa pun Arm tengok kelemahan utama pemain Malaysia nie mereka masih lagi takut untuk memegang bola lama sedikit (guna kaki bukan tangan) atau pun kemahiran kawalan bola masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan pemain-pemain seperti dari Jepun dan Iran. Ini tak, baru saja sentuh bola sikit dah nak pass kat member, lepas tue senang-senang jer lawan rampas bola...
Selain tue, Arm tengok pemain Malaysia nie agak macam terlebih berat badan kot, kurang pantas dan lincah! tetapi tengok kat perut dorang macam ok juga, tak ada juga kebuncitan yang berlaku. Dalam bola sepak nie, kita tengok macam pemain Lionel Messi dari Argentina, walaupun mempunyai saiz fizikal yang agak kecil, tetapi beliau boleh berlari dengan pantas dan mempunyai tahap kelincahan yang hebat. Arm harap pemain Malaysia menjadikan beliau contoh kerana rata-rata pemain Malaysia mempunyai fizikal yang kecil...
Arm rasa cukuplah pandangan Arm terhadap permainan pasukan bola sepak kita nie. Nak bagi pandangan banyak-banyak kat permainan pasukan bola sepak Malaysia nie pun tak berguna juga selagi sistem pengurusan FAM masih lagi ditakuk lama dan tak nak berubah...Apa pun pesan Arm kepada pemain Malaysia, manalah tahu ada yang tersesat masuk ke blog Arm nie, teruskan perjuangan dan kembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia!!
Malaysia Boleh!!!
salam arm~
BalasPadamhehehe.. moga2 sukan bolasepak di malaysia nie akan berubah suatu arie nanti... :)
jgn lupa follow aq, aq dah follw ko. huhuhu
BalasPadamBilalah agaknya team bola sepak Malaysia boleh masuk world cup...??
BalasPadamto ~LP Lum~ :Harap2 mcm tue ler...
BalasPadamto Frog :Entahlah bila bru Malaysia boleh masuk piala dunia...cukup jd juara sukan Asia pun x tercapai dek akal ku...
BalasPadamtewas tp melawan masih ok...kalo yg tewas tp x melawan tu yg x best tu...
BalasPadamBravo Malaysia..Kalah dengan Iran pun 1-3 jer..1-3 dengan pasukan Worldcup beb..kira hebat la tu..
BalasPadam