Best Story

21 Oktober 2009

Ayat Al-Quran Muncul pada tubuh kanak-kanak 9 bulan??



Aduh..penatnya bekerja hari nie..tapi tak mengapa demi lu orang semua, gua(III) tetap akan sentiasa cuba bawakan isu-isu dan kisah-kisah yang bermanfaat untuk diri kita semua khususnya..Kisah pelik tapi benar ini telah berlaku di Makhachkala(hai payahnya nak sebut) Rusia..
Begini..seorang bayi  Dagestan telah menggemparkan Rusia apabila di tubuh badannya telah muncul ayat Al-Quran (memang gempar bro)..Menurut kata bapa kepada kanak-kanak yang baru berusia sembilan bulan ini, sejurus selepas dilahirkan lagi kalimah Allah telah muncul didagu anaknya ini...Semenjak itu, ayat Al-Quran telah muncul pula di belakang, lengan, perut dan kaki anaknya...
Ibu kepada anak istimewa ini menyatakan, dia berasa kasihan kepada anaknya apabila ayat Al-Quran ini akan muncul anaknya akan menangis dan suhu badannya akan meningkat..Selain itu, apabila ayat lama hilang dari badan kanak-kanak ini, ayat baru pula akan muncul..menurut ibubapanya, ayat-ayat Al-Quran ini akan muncul 2 kali seminggu..iaitu pada hari isnin dan jumaat..
Apabila mereka merujukkan perkara aneh ini kepada doktor, doktor pun menjadi bingung dan beliau mengesahkan bahawa tulisan yang muncul pada tubuh kanak-kanak ini adalah muncul secara semulajadi dan bukan dibuat-buat yer (bukan macam tatu yang dilukis pada tubuh)..Seorang imam tempatan memberitahu penduduk tempatan   memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar...
Adakah ini tanda-tanda akhir zaman??sama-samalah kita renungkan dan tingkatkanlah amalan kita kepada Allah SWT..











1 ulasan:

  1. tapi yang masalahnyer, ibu bapa anak ni tak bagi tngk betul2.. so kite masih tak pasti benar atau tak..

    ramai nak tngk tapi tak dapat. jadi ada yang beranggapan tu buatan sendiri... aku pun tak pasti.. hehe.. wallahualam je la

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..