Akhirnya jatuhlah hukuman ke atas Abdul Kahar yang mendakwa dirinya adalah 'Rasul Melayu' (huh..tak sedar diri langsung)...Hukuman telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam semalam...
Hukuman yang dikenakan kepada beliau ialah didenda sebanyak RM16,500 (mak oi!!banyak tue)...penjara 10 tahun dan sebatan sebanyak 6 kali..(aduh sakitnyer kena sebat)...Selain itu juga, ini adalah antara hukuman yang terberat pernah disabitkan dalam sejarah kes penyebaran ajaran sesat...
Sebaik hukuman dibacakan oleh hakim, anak-anak Abdul Kahar berkumpul di belakang kandang tertuduh, sambil memeluk bapa mereka dan menangis mengenangkan hukuman yang dijatuhkan kepada bapa mereka (kesian plak gua(III), tapi sape suruh..dia yang cari penyakit)..Kerana terlalu marah, salah seorang anak lelaki Abdul Kahar telah menunjukkan isyarat lucah menggunakan tangan ke arah hakim(ala..tue pun tak tau ker..cuba korang genggam tangan korang..pas tue luruskan hanya jari hantu/tengah korang..ha, tue lah dia!!!)
Anak Abdul Kahar ini telah ditahan oleh penguatkuasa JAIS selepas dia keluar dari mahkamah kerana menghina mahkamah..Selain itu juga, anak Abdul Kahar ini juga adalah salah seorang suspek yang dikehendaki oleh JAIS atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat yang dibawa bapanya...(aduh..bawa-bawalah bertaubat yer anak Abdul Kahar)...
Dikesempatan penulisan gua nie..gua(III) nak berpesanlah kepada pengikut-pengikut setia ajaran sesat Abdul Kahar nie..kembalilah ke pangkal jalan, kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar..ingatlah Rasul/Nabi yang terakhir ialah Nabi Muhammad SAW, tidak ada lagi Nabi atau Rasul selepas baginda wafat...Ingatlah solat 5 waktu dan berpuasa dibulan Ramadan adalah antara rukun Islam yang wajib kita percayai dan patuhi..sedangkan Abdul Kahar yang yang mendakwa dirinya 'Rasul Melayu' tak berpuasa dan sedang bersarapan pagi ketika umat Islam yang lain sedang berpuasa ketika ditangkap pada bulan Ramadan baru-baru nie..
Nang ur entry.
BalasPadamRead my entries and nang it if u like it :
http://innit.nuffnang.com/view.php?id=138691
http://innit.nuffnang.com/view.php?id=138366