Best Story

15 Oktober 2009

Cadangan wujudkan Bank Belia



Pada Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO kali ini, gua cukup tertarik dengan ucapan dasar yang disampaikan oleh ketua Pemuda Umno iaitu Khairy Jamaluddin iaitu bagaimana untuk menarik golongan muda untuk menyertai UMNO. Ia bukan sekadar taktik untuk menarik minat golongan muda menyertai UMNO, tetapi ia juga secara tidak langsung memberikan cadangan dan idea tentang kebajikan golongan muda sekarang.
Beliau mencadangkan agar ditubuhkan Bank Belia atau pun Bank Pemuda bagi menggalakkan golongan muda terlibat dalam bidang keusahawanan. Bank ini menurut kata beliau akan memberikan pinjaman untuk golongan muda yang ingin memulakan perniagaan sendiri. Bagi gua memang sangat sesuai jika bank ini diwujudkan untuk memberikan bantuan kepada golongan muda, ini kerana peluang mendapatkan pekerjaan adalah sangat sukar pada masa sekarang, apalah salahnya golongan muda terlibat dalam bidang perniagaan kerana ini secara tidak langsung akan membaiki ekonomi negara kita juga secara amnya.
Selain itu juga, beliau juga ada menimbulkan permasalahan yang terpaksa ditanggung oleh golongan muda yang baru mendirikan rumah tangga seperti gua sendiri.  Selain terpaksa menanggung keluarga di kampung, mungkin ada yang menanggung bayaran pinjaman ketika belajar di IPT dahulu dan bayaran-bayaran lain yang terpaksa ditanggung..ini memang sangat membebankan. Antara cadangan beliau yang menarik ialah memberi diskaun istimewa untuk kereta nasional kepada mereka yang mempunyai anak pertama dan baru memiliki kereta, memperuntukkan RM200 bagi anak pertama setiap keluarga sebagai simpanan permulaan Tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
Gua berharap cadangan yang disampaikan oleh Ketua Pemuda ini akan dipertimbangkan oleh kerajaan demi untuk kebaikan dan masa depan golongan muda di negara kita ini..


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..