GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang masih bersekolah mengambil kesempatan ketiadaan ahli keluarga di rumah dengan membawa pulang kekasihnya dan tidur bersama dalam satu selimut sebelum dicekup kerana berkhalwat di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar, Chalil, dekat sini, awal pagi tadi.
Serbuan itu dilakukan penduduk kampung diketuai Imam Tua Mukim Chalil, Sudin Daud, kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima maklumat orang ramai sebelum menyerahkan pasangan itu kepada Jabatan Agama Islam Gua Musang untuk tindakan lanjut.
Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim, berkata ketika serbuan, imam bersama beberapa penduduk membuat intipan terlebih dulu dan mengesahkan pasangan remaja yang masih bersekolah itu tidur bersama.
Nie semua kerana pengaruh barat yang telah dibawa masuk ke dalam negara kita Malaysia..ini lah kesan dan akibatnya.. vcd filem lucah memang senang diperolehi sekarang..budak-budak pun boleh beli..peniaga vcd lucah nie pun nak untung jer...
Sepatutnya ibu bapa pun mesti mengambil perhatian terhadap tingkah laku anak-anak mereka, janganlah terlalu mempercayai mereka dan ditinggalkan bersendirian..ini lah akibatnya...
kita perlu beringat bak kata pepatah "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..