Best Story

13 Oktober 2009

Geng Hong Leong Ditembak mati..



Gambar penjenayah ditembak mati oleh Polis di Seri Kembangan

Semalam Polis telah berjaya menembak mati 2 orang penjenayah yang paling dikehendaki selepas telibat dalam samun dan rompakan di Bank Hong Leong minggu lalu. Penjenayah ini telah menjadi buruan selama hampir sebulan. Sumber Polis mengatakan, sespek pertama telah diarahkan untuk memberhentikan kenderaan nya di hadapan Jaya Jusco Taman Equin Park, Seri Kembangan..tetapi dia enggan dan melepaskan sedas tembakan ke arah anggota Polis. Pihak Polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan tembakan telah mengenai kepala penjenayah tersebut yang berusia 33 tahun.
Manakala suspek kedua pula yang berumur 41 tahun telah ditembak mati di kawasan persimpangan masuk ke Ghotong Jaya. Suspek tersebut juga di arah untuk memberhentikan kenderaan nya..tetapi beliau juga enggan dan melepaskan tembakan ke arah pasukan Polis. Hasil kecekapan pihak Polis, penjenayah itu berjaya ditembak mati dan di tewaskan...
Penjenayah-penjenayah kat Malaysia ini semakin hari semakin menjadi-jadi..dan yang merisaukan kita semua pula kebanyakan penjenayah memiliki senjata api..mungkin senjata api mudah di dapati dan di seludup di sempadan negara kita, contohnya Thailand..mereka jadi macam mafia la pulak sekarang kan..
Tetapi pujian harus diberikan kepada pasukan keselamatan negara kita terutamanya Polis..mereka terpaksa bergadai nyawa dan bersengkang mata tak tidur demi menjaga keselamatan negara kita..Tahniah gua ucapkan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..