Best Story

18 Oktober 2009

Chelsea tumbang, MU rampas takhta liga!!!



Bengangnya gua(III) semalam, apa tidaknya pasukan yang gua minat (sape lagi Chelsea ler..jangan marah) telah kalah dan telah jatuh dari tangga teratas liga apabila tewas di kaki Aston Villa 2-1..apa boleh buatkan dah takdir..Tetapi sebelum Aston villa menang, terlebih dahulu penyerang sensasi Chelsea mengejutkan pasukan Aston Villa apabila melepaskan tendangan kencang, sekencang peluru tau..dan terus menerjah jaring gol Villa..tertekan dengan jaringan Drogba, Villa akhirnya berjaya meyamakan kedudukan sebelum babak pertama berakhir melalui jaringan  Richard Dunne dan jaringan kemenangan melalui orang sama jugak yer(lain kali Richard nie nak kena rantai ler)di minit ke 52..dan tewas lah "The Blues"...


Akhirnya, MU berjaya kembali melonjak ke tangga teratas liga selepas menang tipis ke atas Bolton Wanderers di Old Trafford semalam..Mesti penyokong-penyokong "The Red Devil" kat opis gua(III) perang lagi ngan gua esok(mesti gua kena kutuk punya)..
Selepas kesilapan pemain Bolton tertampan bola ke gawang sendiri iaitu Zat Knight(malunya)..mereka sedaya upaya cuba menyamakan kedudukan dan usaha penat lelah mereka berhasil yer melalui tandukan Matthew Taylor...tetapi akhirnya Bolton terpaksa akur dalam pertandingan mesti ada kalah dan menang..kalau tak, takde orang nak bertanding ler(itu pun tak tau ker??hehehe)dan pasukan Bolton tewas melalui jaringan Antonio Valencia...

1 ulasan:

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..