Best Story

18 Oktober 2009

Kes Buang Bayi semakin Kritikal!!




GAMBAR bayi yang ditemui di wakaf masjid Telipot

Apabila gua(III) membelek surat khabar diawal pagi tadi, hati gua(III) tiba-tiba menjadi sayu akibat tindakan manusia yang tidak berperikemanusiaan..mana tidaknya, tergamak sungguh mereka membuang dan meletakkan bayi yang baru lahir ke dunia ini akibat perbuatan mengikut hawa nafsu mereka. Semasa bayi ini ditemui oleh seorang pesara kerajaan yang sedang menunggu rakannya di wakaf masjid Telipot, Kota Bharu, Kelantan berkenaan..bayi itu hanya diselimuti dengan sehelai kain tudung sahaja dan tubuh badan bayi tersebut berwarna biru akibat kesejukan..kesian kat bayi yang tak berdosa ini.. 
Bayi malang ini di lahirkan tidak cukup bulan dan beratnya hanya 1 kilogram sahaja. Menurut Ketua Polis Daerah, Asistan Komisioner, Zahruddin Abdullah, berkata bayi itu dijumpai jam 7.30 pagi oleh seorang pesara kerajaan yang ketika itu menunggu kawannya di wakaf berkenaan dan kes ini masih dalam siasatan Polis..Bayi nie telah dihantar ke hospital pada jam 9 pagi, dan keadaan bayi ini dilaporkan stabil..
Seks bebas di kalangan golongan muda adalah ditahap yang sangat kritikal di negara kita ini, apabila data yang diperolehi dari 2 rumah perlindungan wanita di Klang Selangor menunjukkan angka 2701 kes kehamilan anak luar nikah dari tahun 1996 sehingga september ini. Bagi gua(III), ini adalah perkara yang sangat serius dan perlu dibendung dengan segera..takut-takut  membuang bayi ini akan menjadi salah satu "trend" golongan muda kita.
Jika perkara ini tidak dibendung dan diperangi sekarang..pelbagai masalah akan timbul dikemudian hari, contohnya hendak berkahwin. Anak-anak luar nikah ini akan menghadapi masalah untuk mencari wali iaitu bapa mereka. Selain itu, kita juga risau kalau-kalau nanti mungkin ada yang akan berkahwin dengan abang dan adik beradik sendiri, akibat tidak mengetahui sejarah latar belakang keluarga mereka sendiri..dan ini akan mengakibatkan masalah dalam salasilah keluarga di Malaysia satu hari nanti... 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..