Best Story

3 Oktober 2009

Jenazah Noordin Mat Top selamat dikebumikan






Jenazah Noordin Mat Top telah selamat dikebumikan pada jam 6.57 petang semalam. Noordin, 41, yang mengetuai serpihan gerakan radikal Jemaah Islamiah (JI) yang di kenali sebagai 'Tandzim Al-Qoidah Indonesia' terbunuh dalam satu operasi pihak berkuasa negara itu, sekali gus menamatkan pemburuan selama enam tahun terhadap pengganas nombor satu Asia Tenggara itu. Tetapi saya masih lagi berasa samar akan perjuangan jihad yang gerakan ini perjuangkan.


Adakah jihad mereka diterima oleh Allah SWT kerana jika menggunakan pengebom berani mati sebagai senjata utama dalam serangan kepada kepentingan AS dan juga yahudi mungkin ketika pengeboman dilakukan ada nyawa yang tidak layak untuk dibunuh, contohnya kanak-kanak dan wanita yang lemah di dalam bangunan tersebut dan mereka turut sama menjadi mangsa bermakna pengeboman yang dilakukan adalah sama seperti tentera yahudi dan AS membunuh wanita dan kanak-kanak islam di Palestin dan Afghanistan.


Dalam jihad mempertahankan agama Allah SWT, kita di larang sama sekali untuk membunuh kanak-kanak dan wanita yang lemah termasuk juga orang tua yang uzur. walau bagaimanapun, saya bukannya ustaz atau pun ulama yang layak untuk membahaskan perkara ini, hanya Allah SWT yang mengetahui segala-galanya. AL-FATIHAH untuk arwah Noordin Mat Top dan saya mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan bersama orang yang beriman...AMIN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..