Allah Maha Besar!!3x...Sepasang suami isteri terkejut besar apabila sejadah yang dihadiahkan sebagai hantaran perkahwinan pada 3 tahun yang lalu, berdiri dengan sendirinya dan menyerupai seperti orang yang duduk sedang bersembahyang, itulah bukti kekuasaan yang ditunjukan oleh Allah kepada kita di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Sebelum ini mereka bertengkar berkaitan hal arah kiblat di rumah mereka itu kerana mereka baru berpindah ke rumah ini setahun lalu. Mohamad Shuhaimi Md Ilias, 26, berkata kejadian aneh itu disedari isterinya yang masuk ke bilik itu untuk mengambil kain baju kira-kira jam 9.30 malam.
“Saya kemudian membentangkan sejadah itu mengikut arah kiblat dan membiarkannya tanpa diusik kira-kira jam 8 malam sebelum keluar dari bilik itu untuk memandikan anak perempuan berumur dua tahun,” katanya ketika ditemui kira-kira jam 12 malam semalam.
Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh jurukamera RTM yang hadir di tempat kejadian itu, sejadah yang duduk seperti orang sedang bersolat itu adalah benar dan tiada alat sokongan untuk menjadikan sejadah itu seperti kedudukan yang kita lihat di atas.
Marilah kita semua bersama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Jadikan kejadian ini sebagai pedoman di dunia AKHIR ZAMAN ini...Subahanallah!!!
Kejadian sejadah "berdiri" di Kg. Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas pada 14 September 2009
SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal menunjukkan sejadah yang didakwa
berdiri di rumahnya di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas .
Sebenarnya suda banyak jugak kejadian sejadah berdiri sendiri nie. Jadi tak reti-reti nak solat ka?? jangan marah ya. Kejadian sejadah berdiri nie betul-betul menginsafkan diri saya sendiri. Marilah kita berfikir akan kekuasaan Allah SWT. Janganlah kita lupa kepada pencipta muka bumi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..