Best Story

2 Oktober 2009

Bencana Gempa Bumi Yang Dahsyat


Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan

Gambar mangsa gempa bumi di Sumatera Barat

Tangisan dan raungan kesedihan rakyat Padang


Penduduk terpaksa menolak motor selepas air di sawah padi melimpah
membanjiri akibat taufan Ketsana yang melanda wilayah Quang Nam, Vietnam

Kasihan kan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Indonesia,Filipina dan Vietnam. Ketiga-tiga negara jiran kita ini menghadapi saat yang sukar buat masa ini. Banyak nyawa yang terkorban dan hampir semua bangunan musnah akibat gempa bumi yang dahsyat ini. Setakat ini angka korban di Padang Indonesia ialah seramai 770 orang dan mangsa yang cedera pula seramai 295 orang. Manakala di Filipina pula, informasi yang saya perolehi mangsa yang terkorban ialah kira-kira 277 orang telah terbunuh manakala di Vietnam pula seramai 92 orang terkorban akibat taufan "Ondoy" atau "Ketsana" ini. Di negara kita pun ada juga terasa sedikit tempias gempa bumi ini, di mana hampir seluruh pantai barat Semenanjung bergegar akibat gempa di Selatan Sumatera, syukur kepada Allah SWT tiada nyawa yang terkorban atau pun yang mengalami kecederaan. Marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT agar negara kita di lindungi dari bencana alam yang dahsyat ini dan berdoa agar mangsa-mangsa di negara jiran kita di selamatkan dan dilindungi oleh Allah SWT. AMIN......




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..