Best Story

1 Oktober 2009

Mahkamah Tinggi Batal saman Chin Peng.....



Chin Peng adalah bekas setiausaha Parti Komunis Malaya, dia adalah antara orang yang bertanggungjawab ke atas keganasan yang dilakukan pada zaman darurat di Tanah Melayu dahulu. Beribu nyawa rakyat negara ini terkorban olehnya. Malahan dia juga mengarahkan agar setiap sudut kepentingan anggota keselamatan negara ini yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa di serang dan dimusnahkan. Bagi pandangan peribadi saya, Chin Peng tidak layak untuk kembali ke negara tercinta kita ini, jika dia dibenarkan kembali ke negara ini, sia-sialah darah  pejuang negara kita yang mengalir dan membasahi bumi Malaysia  mempertahankan negara ini demi pemerintahan kejam Komunis. Kalau nak dibenarkan dia kembali ke Malaysia sekarang, baik tak payah perang masa dulu..terus terima saja tanpa tentangan pemerintahan Parti Komunis masa itu. Kalau kita dengar dan baca kisah perjuangan anggota keselamatan kita dulu, memang boleh meleleh air mata jantan kita ni..so, kesimpulannya di sini biar lah dia hidup kat luar negara kita aman juga Malaysia...nanti kita benarkan dia balik ke Malaysia tak pasal-pasal hidup balik semangat komunis kat Malaysia, dan akibatnya....lu fikir la sendiri(pinjam Nabil punya slogan). Mata pun sudah berat, saya nak tidur dulu..selamat malam...  


Bagi yang tidak mengenali Chin Peng, inilah wajahnya :





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..