Best Story

1 Oktober 2009

Pembunuhan yang kejam


KOTA BHARU : Seorang suri rumah bersama anak perempuannya, berusia 2 tahun, mati ditetak dan dikelar
dengan senjata tajam dipercayai oleh seorang lelaki yang berjiran dengan mereka, awal pagi semalam(01/10/2009)


Apabila saya terbaca berita ini di surat khabar pagi tadi, saya sungguh terkejut dan sedih kenapa ibu dan anak yang comel ini dibunuh dengan begitu kejam sekali. Menurut saksi pembunuhan ini, iaitu jiran mangsa dia terdengar bunyi bising seperti orang sedang bertengkar dan bergelut pada pukul 2 pagi di rumah mangsa, lantas dia bergegas ke rumah mangsa untuk melihat apa yang terjadi.
“Ketika berada di rumah itu, saya lihat seorang lelaki keluar menerusi tingkap belakang sambil memegang sebilah golok yang berlumuran darah. Saya cuba mengejarnya tetapi dia sempat melarikan diri,” katanya.
Kecederaan mangsa adalah sangat mengerikan, mengikut kata saksi dia melihat kedua-dua tangan suri rumah itu terkulai dan hampir putus, manakala anaknya pula mengalami kecederaan teruk di seluruh badan kerana menerima tetakan di kepala dan di badan. Pembunuh kejam ini masih di buru pihak polis dan kes ini masih dalam siasatan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..