Best Story

1 Oktober 2009

Zalimnya Manusia!!!!




Kejam!!!Kejam!!!ini lah satu perkataan yang sesuai untuk perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini. Mengapakah manusia yang dianugerahkan dengan akal dan fikiran yang waras sanggup dan tergamak melakukan perbuatan yang terkutuk ini?? Orang yang melakukan jenayah kejam ini wajib dihukum dengan sekeras-kerasnya agar memberikan pengajaran buat dirinya dan juga buat insan yang masih lagi lalai bergelumang dengan maksiat. Bagi saya, sedangkan binatang tak sanggup untuk membunuh dan membuang anak yang dilahirkan dengan bertarung nyawa hidup dan mati, ini kan pula kita manusia yang sepatutnya menjadi khalifah di muka bumi milik ALLAH SWT ini....Layak kah kita untuk menjadi pemimpin dan khalifah jika perbuatan kita sendiri lebih hina jika dibandingkan dengan binatang yang tidak mempunyai akal.
Perkara sebegini boleh terjadi adalah kerana sikap manusia yang terlalu mengikutkan hawa nafsu semata. Melakukan seks bebas tanpa memikirkan dosa yang akan ditanggung, tidak berfikir panjang akan akibat dan musibah yang akan dihadapai di kemudian hari dan inilah hasil dan akibatnya. Ingatlah perbuatan sebegini pasti akan mendapat balasan yang setimpal dari ALLAH SWT.

Koleksi gambar pembuangan bayi :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..