Best Story

31 Oktober 2009

Lagi Kekejaman Majikan Terhadap Pembantu Rumah


Gambar suspek pembunuh pembantu rumah warga Indonesia

Salam...Apa khabar anda semua, gua(III) harap korang sihat hendaknya ya...Terasa lama pulak tak buat 'posts' dalam blog gua(III) nie...(dah 5 hari bro..tak der 'posts')...Almaklum ler, gua(III) sibuk pulak sepanjang minggu nie, banyak kerja gua(III) dan jangan pulak korang pikir gua(III) tak ada idea yer...(tak per la, tugas demi negara jugak)
Tulisan gua(III) kali nie berkisar tentang jenayah dalam negara kita jugak...cuma bezanya kali nie jenayah dilakukan oleh rakyat kita Malaysia, dan mangsanya pulak adalah rakyat negara jiran kita iaitu Indonesia (pasti hal nie akan kecoh kat Indonesia, terutamanya kumpulan 'BENDERA' yang anti sangat kat negara kita nie)
 Mangsa adalah pembantu rumah kepada suspek yang kejam nie...Mangsa telah ditemui oleh seorang tukang cuci di dalam tandas rumah suspek, mangsa telah dikurung di dalam tandas tersebut (apalah punya bengong manusia nie)...Selain itu juga, mangsa telah didera berikutan kesan lebam hampir diseluruh badan dan muka dipercayai dipukul dengan benda keras...dan lebih menyayat hati gua lagi, kepala mangsa telah dibotakkan dan mangsa juga tidak diberi makan beberapa hari (kejam betul la!!)
Mangsa Muntik, 36, yang memegang nombor pasport AK 072947 telah diselamatkan oleh anggota polis yang bertindak hasil maklumat tukang cuci yang ternampak mangsa pada pukul 7.00 petang, 20 oktober dan terus dihantar ke hospital Tengku Ampuan Rahimah KL...Tetapi malangnya mangsa tidak dapat diselamatkan berikutan keadaan yang sangat lemah dan tenat...Hampir disegenap tubuh mangsa ada kesan lebam dan terdapat luka sepanjang 5 cm dikakinya sehingga menampakkan tulang kakinya... (Kesian Kan)
Selepas dibedah siasat selesai, jenazah mangsa telah dihantar segera ke kampung halamanya iaitu di Surabaya pagi tadi...Selepas ini pasti lebih banyak demontrasi ketidak puasan hati terhadap kematian Muntik ini di Indonesia..Semuanya gara-gara seorang manusia kejam yang tidak layak menjadi warga negara kita Malaysia...Jika sabit kesalahan suspek akan dijatuhkan hukuman mati mandatori... 


 
Gambar pembantu rumah warga Indonesia (Siti Hajar) mangsa penderaan
majikannya yang menggemparkan negara kita baru-baru ini..

Aduh...Sampai bila lah kekejaman oleh majikan yang tidak bertanggunggjawab ini akan berakhir...Gua rasa kerajaan kita patut memberi hukuman yang berat kepada majikan yang tidak bertanggungjawab...agar menjadi iktibar kepada majikan-majikan yang lain...Bukan apanya..hal-hal sebegini akan memburukkan pandangan luar terhadap negara kita ini...bak kata orang tua dulu-dulu..."kerana nila, rosaklah susu sebelanga"...renung-renungkan lah sendiri....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..