Best Story

25 Oktober 2009

Wasiat Harta Michael Jackson dipalsukan..


Tinggal kenangan..Raja Pop dunia..

Tak habis-habis lagi nampaknya cerita kontroversi Raja Pop dunia nie(tak lain dan tak bukan, Michael Jackson ler)...Ahli keluarga Michael Jackson telah mendakwa bahawa dokumen wasiat itu telah dipalsukan oleh pihak yang menginginkan harta kekayaan Raja Pop ini yang bernilai AS$300 juta( duit Malaysia 1 bilion..wah!)..
Berikutan dengan hal tersebut, ibu kepada Michael Jackson telah mengemukakan beberapa dokumen yang membuktikan wasiat yang bertarikh 7 Julai 2002 adalah palsu di sebuah Mahkamah Amerika Syarikat(AS)..Selain itu, ibu Michael Jackson memberitahu mahkamah bahawa anaknya(Michael Jackson) tidak berada di bandar raya tersebut kerana menyertai beberapa program di New York pada tarikh wasiat itu ditandatangan..Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan sokongan bukti beberapa keping gambar yang diambil ketika Michael Jackson menyertai program itu..
Kesimpulan nya di sini, kepada sesiapa yang banyak harta tue..berhati-hati lah ketika membuat wasiat anda..tak pasal-pasal nanti orang yang tak sepatutnya plak yang mewarisi harta anda semua...(hehe..tak kena mengena pun kesimpulan nie dengan kisah Michael Jackson nie kan..hahaha)..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..