Gambar Hiasan
Setiap kali berpeluang, dia sanggup melakukan hubungan seks dengan seorang atau hingga lapan lelaki sekali gus dan lebih teruk lagi, aktiviti terbabit dilakukan di stor sekolah tempatnya belajar.
Gadis tingkatan dua itu yang mahu dikenali sebagai Roslina mendedahkan perilaku buruknya bukan untuk berbangga, sebaliknya sebagai pengajaran kepada pihak lain dan dia kini bertaubat.
“Segala-galanya bermula awal tahun ini apabila teman lelaki mengajak saya ke Kuala Lumpur. Sampai di stesen bas, dia tiba-tiba menukar fikiran dan memberi alasan ada urusan kecemasan.
"Saya ditinggalkannya bersendirian dan tidak lama kemudian saya disapa seorang lelaki berusia 40-an yang memberitahu dia mahu berkenalan,” katanya yang berasal dari utara tanah air.
Menurut Roslina, lelaki itu seterusnya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah dan dia tanpa berfikir panjang terus bersetuju.
“Namun dalam perjalanan, dia menukar haluan dan berhenti di sebuah hotel. Dia ajak saya masuk ke hotel, bila saya tak mahu, dia paksa saya. Di dalam bilik, dia mengajak saya melakukan hubungan seks, sekali lagi saya enggan.
“Akibatnya pakaian saya disentap dan saya dirogol. Selepas itu dia menghantar saya pulang, tetapi dalam perjalanan kami berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sebuah lebuh raya dan dia merogol saya sekali lagi di dalam kereta,” katanya sambil mengalirkan air mata.
Sampai di rumah, Roslina memaklumkan kejadian yang menimpa dirinya kepada keluarga. Mereka kemudian membuat laporan polis dan ketika itulah dia mengetahui lelaki terbabit beristeri empat.
Ditanya adakah lelaki itu kemudian ditahan polis, Roslina berkata, dia tidak tahu hal itu dan tiada siapa memaklumkan kepadanya mengenai perkembangan lanjut.
Roslina berkata, selepas kejadian itu dia mulai murung, berasakan diri tidak berguna kepada keluarga dan tiada masa depan lagi.
“Saya mula ponteng sekolah, merokok dan meneguk arak dengan rakan. Lebih teruk lagi, saya terjebak mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki.
“Kerana ketagih, saya sanggup mengadakan hubungan seks secara berkumpulan iaitu bersama teman lelaki dan rakan lain di sekolah, biasanya antara tujuh hingga lapan orang serentak.
“Kami mencari lokasi sesuai dan akhirnya melakukan kegiatan itu di sebuah stor di sekolah,” katanya.
Menurut Roslina, dia dan kumpulan seksnya melepaskan nafsu serakah mereka asal ada peluang dan tanpa mengira waktu.
“Ada kalanya kami lakukan pada waktu pagi ketika pelajar lain menghadiri perhimpunan, namun biasanya kami buat pada waktu petang selepas tamat sesi persekolahan. Kami tidak memikirkan dosa dan perkara negatif lain kerana yang penting hanya puaskan nafsu,” katanya.
Menurutnya, kegiatan seks rambang itu dilakukannya bersama rakan hampir empat bulan sebelum ia dihidu pihak sekolah.
“Kami dicekup ketika ‘beraksi’ di stor. Saya dibuang sekolah dan kini menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya memalukan keluarga dan memusnahkan masa depan sendiri.
“Namun saya bersyukur kerana ibu bapa dan adik beradik tidak membuang saya, sebaliknya tabah membimbing dan menyokong saya untuk membina hidup baru. Saya bertaubat dan berjanji tidak mahu mengecewakan lagi ibu, ayah serta adik beradik,” katanya.
Sumber : Mymetro
Sepatutnya di usia yang sebegini muda, sepatutnya sibuk menimba ilmu pengetahuan untuk bekalan di masa hadapan, tetapi ini lah kisah sedih yang perlu kita jadikan iktibar dan pengajaran dari kisah ini. Permulaan Tragedi hitam dalam hidup mangsa iaitu Roslinda semuanya bermula akibat cinta remaja semata..dan akhirnya, menjadi pengalaman hitam yang tidak mungkin akan di lupakan oleh Roslinda..dia telah di rogol oleh seorang lelaki yang bernafsu binatang dan mempunyai 4 orang isteri setelah di tinggal oleh teman lelakinya...dan akibat tiada pegangan yang kuat terhadap agama dia telah terlibat di dalam dunia maksiat..Oleh itu, kepada remaja di luar sana jadikan lah kisah Roslinda ini sebagai iktibar dan dekatkan lah diri dengan Allah SWT...
sian bdak ni..orang tue tak gune..
BalasPadamMemang btul x guna...bgus terus tembak jer bdk2 cam nie...
BalasPadamOrang lelaki suka merosakkan orang perempuan. Kenapa orang perempuan tak pertahankan maruah sampai mati? Mati syahid itu mulia.
BalasPadamkita harus sabar menghadapi cubaab allah,mybe roslinda d kalangan org2 yg d sygi allah kerna d beri cubaan yg berat dlm idup......org lelaki semua jahat hnya pentingkan diri sendiri..
BalasPadam