Best Story

2 November 2009

Isu Muntik..Indonesia diharap tidak prejudis



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Y.B Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil

Salam...Nampaknya isu Muntik telah mula hangat diperkatakan dimedia Indonesia (kan betul apa gua(III) cakap kat posts gua(III) ari tue)...Bukan setakat di Indonesia sahaja, malah di negara kita isu ini pun turut menjadi buah mulut orang ramai (kat ofis gua(III) pun kecoh gak pasal hal nie, siap hentak meja lagi tue, emosional tul la)...
Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta agar masyarakat di Indonesia tidak prejudis dalam hal ini...Ini kerana bukan semua majikan di Malaysia nie kejam terhadap pembantu rumah warga Indonesia, jika semua majikan di Malaysia nie kejam dan zalim mengapa masih banyak juga warga Indonesia yang masih suka mencari pekerjaan di Malaysia (gua(III) sokong kata Dato' hehehe)..Beliau berkata begini ketika dalam ucapannya di Majlis Penyampaian Bantuan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak, semalam..


Beberapa warga penduduk dan keluarga arwah Muntik Bt. Bani mangsa penderaan, mengusung
keranda arwah di Dusun Pondok Jeruk Barat, Desa Wringin Agung, Jombang, Jember, Jawa Timur, pada hari Sabtu (31/10/2009).

Biasalah tue,  biar pun 1000 kali kita buat baik...tetap juga orang akan ingat kesalahan walaupun sekali dilakukan, entahla gua(III) pun tak tau nak cakap apa...Pada pandangan gua, cuma satu sahaja cara untuk meredakan perkara ini iaitu... pihak polis negara kita harus menyiasat dan menyelesaikan perkara ini secepat yang boleh...dan pesalah yang melakukan jenayah ini mestilah dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya...barulah Indonesia akan berpuas hati...tetapi jika hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah tidak setimpal dengan perbuatanya, maka kita akan dijamu dengan pertunjukan perasaan kat Indonesia...(sakit hati gua(III) nengok bendera kita dipijak dan dibakar oleh segelintir masyarakat Indonesia!!)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..