Best Story

21 November 2009

Lelaki Bionik



Gambar Steve Gater sebelum dan selepas pembedahan
memasukkan kepingan titanium kekepalanya

Mangsa serangan kejam samseng jalanan di London iaitu Steve Gater akhirnya menjadi manusia bionik selepas sekeping besi titanium dimasukkan ke dalam kepalanya, menggantikan tengkoraknya yang pecah bagi melindungi otaknya...Dia selamat menjalani pembedahan di hospital Queens, Romford pada hari khamis yang lalu..
Dia yang juga bekerja sebagai pemandu forklift mungkin akan hilang ingatan akibat kecederaan parah di dalam otaknya...Beliau diserang oleh 2 orang samseng yang berada di tepi jalan semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya..Dia diejek oleh kedua-dua samseng terbabit dan beliau berasa sakit hati lalu mencabar samseng itu untuk berentap, dan terjadilah pergelutan diantara beliau dan 2 samseng tersebut...
Dalam pergaduhan itu, beliau telah terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai yang mana menyebabkan kepalanya jadi seperti gambar di atas tue...(gua tak payah terang banyak ler..korang tengok jer gambar tue)...Untuk makluman korang semua juga, 2 orang samseng terbabit tidak mendapat apa-apa hukuman pun selepas pendakwa raya menggugurkan kes ini..(pendakwa pun mungkin takut kepala pecah kot)
Jadi gua nak nasihat kat korang semua, jika ada orang yang suka mengejek kita ataupun menghina kita, biarlah...sabar jer, buat bodoh jer...lama-lama orang yang mengejek tue akan penat juga mulutnya mengejek dan satu hari nanti pasti tuhan akan balas perbuatannya mengejek kita tue...

3 ulasan:

  1. Pergh selamba je gugurkan kes.. Pendakwa raya tak cukup bukti tu..

    BalasPadam
  2. Tue lah pasal..pendakwa raya tak cukup bukti..tp kesian la kat mangsa..apa ble wat nasib badan..

    BalasPadam
  3. ngeri..
    ^_^
    pnh ade kes sorh kat ganu yg jadi mcm ni..
    org kate kpala lembut mcm telo penyu~
    =D tapi umur xpanjag

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..