Anggota polis dan anggota forensik sedang mengusung keranda Teoh untuk dibedah siasat semula
Bilalah kes Teoh nie akan selesai, semalam mayatnya telah digali semula selepas 3 bulan mendiang telah dikebumikan...Mayatnya digali semula adalah bertujuan untuk dibedah siasat oleh Dr. Porntip Rojanasunan yang mana beliau adalah seorang pakar Patologi dari Thailand...Dengar khabarnya, beliau diupah oleh keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor...(upahnya USD 120,000 sejam) wah!!betul-betul lumayan...
Gambar Dr Porntip
Gua kat sini bukanlah ingin bercerita tentang upah yang dibayar kepada Dr. Porntip nie...Lantaklah dia, bukan gua yang kaya...Gua berharap biarlah ada petunjuk dan bukti yang jelas kepada penyelesaian kes Teoh nie...Mayat Teoh telah dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat kali kedua pada jam 9.30 pagi hari nie (mungkin dah dapat kot jawapanya tadi)...Bedah siasat nie dijangka akan mengambil masa 8 jam yang mana akan diketuai oleh Dr Shahidan Md Noor selain akan perhati oleh Dr Porntip yang mewakili kerajaan negeri Selangor dan Dr Vanezis mewakili SPRM (Pengarah Cameron Centre for Forensic Medical Sciences, London)Cuma satu sahaja harapan gua dalam pembedahan nie, muda-mudahan akan dapat dibuktikan sama ada mendiang Teoh Beng Hock nie dibunuh atau dia membunuh dirinya sendiri dengan terjun dari tingkat 14 Plaza Masalam pejabat SPRM...Sama-samalah kita tunggu jawapanya nanti...
ishishish.. kesian..
BalasPadam