Best Story

4 November 2009

Wanita tewaskan penyamun!!!


Seorang anggota polis yang berpakaian 'free man' sedang menyoal penyamun tersebut

Salam semua...wah lebat sungguh hujan 'time' gua(III) balik keja tadi...kesian pulak gua tengok member gua(III) yang naik motor, paksalah tunggu hujan berhenti yer...(nasib baik gua(III) bawa keta hari nie, kalau tak...)
Oopss...maafkan gua(III) yer, sebenarnya gua(III) bukan nak bercerita tentang hujan 'time' balik keja tadi, tetapi sebenarnya gua(III) nak cerita kat korang tentang kejadian jenayah samun yang terjadi kat Teluk Intan kelmarin ye...
Begini ceritanya, seorang wanita yang bernama.....??(beliau enggan di kenali ye)yang berumur sekitar 40-an keluar dari sebuah bank, tanpa beliau sedari, seorang penyamun sedang memerhati dan mengekori beliau untuk dijadikan mangsa samun beliau pada hari tersebut...Setelah wanita itu sampai di tempat beliau meletakkan keretanya, penyamun yang bersenjatakan sebilah pisau itu telah memeluk mangsa  dari arah belakang dan mengarahkan mangsa masuk kedalam kereta...( mesti wanita nie panik gila nie )
Walaubagaimanapun, sebenarnya penyangak ini telah tersilap memilih mangsa yer...kerana terlalu panik, wanita yang menjadi mangsa penyamun tersebut memberanikan dirinya melawan penyamun tersebut...wanita itu telah menendang kaki dan perut penyamun tersebut dan selepas itu wanita itu menjerit sekuat-kuat hatinya...(ttoloonngggg!!!help me!!!!)
Akibat jeritan mangsa yang kuat itu, penyamun tersebut menjadi panik dan takut ( ha..tau jugak dia takut kan)...dan dalam masa yang sama orang ramai yang terdengar jeritan wanita itu yang berada di sekitar kawasan bank itu, bergegas ke tempat kejadian lalu menangkap dan membelasah tanpa belas kasihan lagi kepada penyamun tersebut ( padan muka dia )...
Tetapi penyamun itu bernasib baik apabila seorang anggota polis yang berpakaian biasa lalu di kawasan kejadian dan menghalang orang ramai meneruskan sepak dan terajang kepada penyamun itu, kalau tidak mungkin mampus la penyamun tue....
So, gua(III) nak memperingatkan buat diri gua dan juga korang semua yang kat luar sana supaya berhati-hati (bukan sahaja berhati-hati di jalan raya)....kerana sesungguhnya jenayah tidak mengenal umur, jantina, pangkat dan status...

1 ulasan:

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..