Best Story

8 Disember 2009

Akibat Ragut, Isteri Parah..Suami Maut!!


Gambar isteri mangsa yang parah akibat perbuatan kejam peragut di Cheras kelmarin,
manakala suaminya maut di tempat kejadian


Belum pun reda lagi kisah peragut dibelasah sehingga mati kat Kelantan...Jenayah ragut nie kembali mengganas lagi...Kali nie bukan peragut yang maut, tetapi suami mangsa ragut tue yang maut akibat jenayah jalanan nie...
Kejadian malang yang akan gua ceritakan kat korang nie telah berlaku kat Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur...Kisahnya begini, sedang mangsa bersama isterinya menunggang motor untuk balik ke rumah setelah selesai membeli-belah di Jaya Jusco, motor yang ditunggang oleh mereka telah dihimpit oleh 2 orang peragut yang menaiki sebuah motosikal yang ingin meragut rantai leher yang dipakai isteri mangsa...
Setelah dihimpit, mangsa telah hilang kawalan motornya dan telah melangar sebuah pagar simen sebuah rumah dan tercampak dari motor yang ditunggang...Mangsa telah maut di tempat kejadian itu juga, manakala isterinya parah...Untuk makluman korang juga, peragut nie berjaya juga mendapatkan rantai leher isteri mangsa...kejam betul peragut nie...
Memang padan jugalah peragut nie, kalau dapat belasah sampai mati sajalah...Buat menyusahkan orang saja...Sampai bilakah jenayah ragut nie akan berakhir...??Banyak nyawa telah terkorban akibat ragut nie...Gua berharap sangatlah agar penjenayah nie akan berjaya diberkas secepat yang mungkin untuk dihukum akibat jenayah yang dilakukan oleh mereka....

p/s : Al-Fatihah buat mangsa yang maut....

4 ulasan:

  1. haih....tak tau apa yang nak buat untuk bendung gejala ragut nih...

    BalasPadam
  2. Selagi kes penagih dadah dibenarkan bermaharajalela dalam masyarakat, selagi tu lah kes ragut akan berterusan. Penagih dadah ni patut diletakkan kat sebuah tempat dengan kawalan ketat seperti kat Spratly ke, supaya dia tak boleh berenang balik dan susah nak lari. Buat satu kampung kat diaorang dan kat sana diaorang boleh le ragut sesama sendiri sampai betul-betul insaf dan pulih, baru boleh bagi balik kat dalam masyarakat... tu ..punnn kenan dengan pengawasan anggota masyarakat yang di tentukan... cadangan saja...

    BalasPadam
  3. Abg yang maut tuu nama dia Rahman, budak hotel ritz-carlton. Kesian isteri dan baru lahir dia. Lahanat yang ragut diorang tuu patut kene tembak beb.

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..