Best Story

6 Disember 2009

Sukan SEA - Team Bolasepak Malaysia tewas dengan Vietnam!!!

Kalah !!!3x...Kalah lagi pasukan bolasepak negara kita dalam pertemuan dengan Vietnam petang tadi...Gua sungguh kecewa dengan keputusan nie, gua fikir lebih baik negara kita nie tak payah lagilah terlibat dengan sukan bolasepak nie..mansuhkan saja sukan bolasepak nie dalam senarai acara sukan negara kita, baik kita tukar dengan permainan gasing ker, guli ker atau permainan congkak...Balik-balik kalah saja dengan Vietnam nie...
Gua rasa lebih baik Akademik dan pusat latihan bolasepak kita nie ditutup dan ditukar kepada acara sukan yang kita boleh menang...buat menghabiskan duit saja belanja untuk latihan dan keperluan lain untuk pasukan bolasepak negara kita nie, lebih baik duit nie disalurkan kepada acara sukan yang kita rasa ada masa depan yang cerah untuk kita berjaya, contohnya acara berbasikal dan lain-lain lagi yang dirasakan ngamlah...
Pada perlawanan petang tadi, pasukan bolasepak kita tewas dengan jaringan 3-1...Seawal minit ke 12, pemain Vietnam telah meledakkan jaringan ke dalam gawang pasukan Malaysia...10 minit kemudian, pemain Vietnam yang bernama  Mai Tien Thanh (susah benor nak sebut) menambahkan lagi sengsara pasukan negara kita dengan jaringannya...Dan pada minit ke 47, Vietnam mengesahkan kemenangan ke atas pasukan kita... Jaringan tunggal yang kita perolehi tue pun kerana kesilapan pemain Vietnam sendiri jugak yang menjaringkan gol sendiri (mungkin beliau kesian kat pasukan kita kot)
Gua sedih lah dengan sukan bolasepak kita nie...sampai bilakah sukan bolasepak negara kita nie akan menjadi pasukan kalah saja...Di peringkat Asia nie pun gua tengok, pasukan bola kita tak boleh pergi juga, nie lebih-lebih lagi untuk bersaing diperingkat dunia (macam piala dunia)...hahaha, macam geli hati gua mengenangkan bilakah pasukan negara kita nie dapat bersaing di Piala Dunia...
Jadi jika korang ada luahan perasaan dan idea yang bernas untuk memajukan sukan bolasepak kita yang dah lemah tahap Gaban nie...apa kata korang tulis kat ruangan komen posts nie...Mana tau gua dapat peluang untuk menyampaikan kepada FAM idea dan keluahan korang nie (gua tak janji ler!!)...

5 ulasan:

  1. x tau la... mungkin bolasepak bukan permainan yang sesuai untuk kita buktikan yang kita memamg boleh n setanding dengan gergasi bolasepak dunia...

    saiz fizikal, kelajuan stamina, kulaliti permainan, kurang pendedahan dan pengalaman, budaya masyarakat malaysia yang kurang bersenam, semangat patriotik kita berbeza dengan pasukan lain...

    BalasPadam
  2. mungkin aja keberuntungan belum ada...

    BalasPadam
  3. To kesian kat negara ...mungkin ada kebenarannya jugak kata anda..selain tue, gua tengok mental pemain negara kita jgk lemah..jika kta lihat permainan M'sia pd mulanya seimbang dgn Vietnam..ttp apabila pengadil memberi penalti yg kontroversi kpd Vietnam, dri situ gua tgok pemain dah hilang tumpuan dan juga hilan sentuhan...

    BalasPadam
  4. To Fais...bguslah kalau blum ada terjadi kpd Indonesia..Tp jgn terlalu berasa selesa krn bola adalah permainan yg sukar dijangka dan diramal

    BalasPadam
  5. bubar jer FAM tu.. x pun pecat jer..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..