Best Story

4 Disember 2009

Mampukah Skuad Bola Sepak Kita Dapat Emas?

Kejayaan skuad bolasepak negara kita membelasah pasukan Timor Leste dengan jaringan 11-0 kemarin belum boleh kita semua jadikan ukuran untuk team bola negara kita mendapatkan kilauan pingat emas sukan SEA tahun nie...Kenapa gua cakap macam nie??Ini kerana korang pun tahu, pasukan Timor Leste nie baru dibentuk dan pendedahan kepada perlawanan besar pun masih kurang lagi..dan kalau tak silap  gua ini adalah pengalaman pertama Timor Leste menyertai sukan SEA nie..Jadi tak hairanlah jika pasukan negara kita nie boleh makan team nie dengan mudah saja...
Lawan yang menjadi batu pengukur kemantapan pasukan negara kita nie bagi gua adalah Vietnam...Apa tidaknya mengikut rekod pertemuan pasukan negara kita dan Vietnam sejak tahun 2001, pasukan negara kita hanya pernah menang sekali saja ke atas Vietnam!!!Jadi, bagi gua pasukan negara sepatutnya belum boleh berasa selesa dan mendabik dada dengan kemenangan besar ke atas Timor Leste yer..
Pada sukan SEA tahun nie, negara kita telah diundi dalam kumpulan A bersama Thailand, Vietnam, Kemboja dan Timor Leste...Dalam perlawanan pembukaan kemarin, Vietnam boleh dikatakan gagah juga kerana telah berjaya seri dengan pasukan Thailand, iaitu pasukan pilihan utama dalam saingan pingat emas sukan SEA nie...Seharusnya pasukan negara kita menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika bertemu Vietnam ahad nanti..Jika negara pasukan negara kita menang pada perlawanan menentang Vietnam, boleh dikatakan cerah jugalah peluang pasukan negara ke peringkat suku akhir...
Jika satu masa dulu semasa zaman arwah Datuk Mokhtar Dahari  pasukan bolasepak Malaysia adalah salah satu pasukan yang sangat digeruni di Asia, sehinggakan Jepun dan Korea pun akan bergegar lutut jika akan bertemu pasukan Malaysia...tapi kini, apa yang jadi..pasukan negara Jepun dan Korea lebih jauh maju kehadapan meninggalkan negara kita dibelakang...dimanakah silapnya??korang pun tahu juga di mana silapnya...
Harapan gua..ayuh pemain-pemain Malaysia, tingkatkan kemahiran dan tanamkan semangat juang yang tinggi untuk mendapatkan kemenangan dalam setiap perlawanan yang akan kalian hadapi...jangan gentar dan mudah putus asa...aturlah strategi dan gunakan otak dalam setiap tindakan serangan...Semoga kalian semua akan berjaya mengembalikan semangat Harimau Malaya yang satu masa dulu digeruni lawan ....

p/s : skuad bolasepak wanita Malaysia tak payah ceritaler..kena belasah 14-0     wooo!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..