Mesti korang semua pernah mendengar kata-kata seperti tajuk entri kat atas nie atau pun kata-kata di atas telah dihamburkan dari mulut kawan anda ke telinga korang?....Untuk lebih menerangkan apa maksud yang ingin gua bongkarkan di sini...Marilah kita semua bersama-sama menghayati cerita 2 sahabat melayu nie....
"Mat, nanti esok pagi kau tunggu aku kat warung Pak Man Terung jam 9.00 pagi ah..Kita jumpa kat sanalah...Aku dah janji ngan Ah Seng driver bas kilang tue" kata Man Tembam kepada sahabatnya Mat Kering...Keesokan harinya si Mat Kering pun bangunlah dari tidurnya, apabila dilihatnya jam yang tergantung di dinding biliknya, jam telah menunjukkan jam 9.05 pagi...Setelah dia bergegas mandi dan makan lebih kurang...dia pun bergeraklah ke warung yang dijanjikan itu..."Ah, mesti si Man Tembam nie lambat jugak sampai kat warung tue..."katanya di dalam hati, semasa dalam perjalanan menuju ke warung terbabit...
Sesampainya si Mat kering kat warung Pak Man Terung, tidak lama kemudian kelihatan si Man Tembam pula berlari-lari anak menuju ke arah si Mat Kering...rupa-rupanya dia pun lambat jugak...Kedua-dua mereka yang berjanji itu telah berjumpa, tetapi malangnya apabila mereka melihat jam dinding yang tergantung di dinding warung Pak Man Terung...jam telah menunjukkan jam 10.00 pagi, dan bas yang sepatutnya mereka naiki untuk pergi temuduga kerja kilang koko telah pergi meninggalkan mereka berdua...Lalu mereka pun saling bertelagah sesama sendiri, menuduh satu sama lain sebagai punca kelewatan itu...
Tiba-tiba datanglah Pak Man terung, tokey besar warung Terung meredakan ketegangan yang berlaku...Lalu dia menghamburkanlah perasaan marah bercampur nasihat kepada 2 orang badigol nie.. "Tuelah, korang berdua nie amalkan lagi janji melayu...Sekarang dah menyesal" kata Pak Man Terung kepada mereka berdua....
Seringkali juga kita mendengar janji melayu nie...Kenapa ia bukan dikatakan sebagai janji cina atau janji india? Adakah mungkin jika ia menjadi janji cina, bunyinya dah tak sedap pula...Bukan kerana itu, ia dikatakan janji melayu kerana bangsa melayulah yang sering kali berjanji dan janji itu tidak ditepati...Lalu timbullah perkataan janji melayu nie...Sebenarnya jika kita dalami maksud yang tersirat di dalam janji melayu tue, sebenarnya ia adalah satu benda yang negatif dan jika ia dibiarkan terus sebegini, maka bangsa melayu itu sendiri akan dicop sebagai bangsa yang tidak menepati janji...
Gua sebenarnya bukanlah hendak mengkondemkan dan merendah-rendahkan martabat bangsa melayu itu sendiri, kerana gua pun orang melayu jugak....Bodohlah guakan...tetapi apa yang ingin gua sampaikan di dalam entri kali ini adalah agar kita membetulkan kembali persepsi bangsa lain terhadap bangsa melayu...Yang mana sebenarnya bangsa melayu itu adalah bangsa yang menepati janji dan menepati masa...Biarlah orang lain menyebut 'janji melayu' itu bukanlah untuk mengejek bangsa melayu tetapi biarlah bangsa melayu terkenal dengan 'janji melayu' yang menepati janji...Korang renung-renungkanlah sendiri dan jangan pulak termenung....
janji melayu tak boleh dipakai.
BalasPadameh eh siapa yg wat word *janji melayu* ni ha ?
Besalah... So, kalo da janji melayu, sila plus minus kan waktu anda.. :p he3..
BalasPadamhmm..pahit tp itu la hakikatnye..
BalasPadamTo Miss Lolly : Gua pun tak tau sejarah dari mana boleh timbulnya "janji melayu"
BalasPadammemang ah, memalukan melayu jek...
BalasPadamtapi ayat nih dah biasa di gunkan ek...
melayu2, janji pon tak tepat. heh!
naseb bek aku bugis + jawe.. huuu
BalasPadamYang bestnya selalunya dua-dua orang akan lewat
BalasPadamTo fiD : Tapi tue bukan dalam rumpun melayuker?hehe..
BalasPadamTo touyakuruma : yang itu memang tak dinafikan..
mmg melayu pandai berjanji. pandai juga memungkiri. kalau tak reti berjanji,baik jgn berjanji apa apa. =)
BalasPadambgs tul entri nie
BalasPadamterasa gakla..
dlu mmg jenis on time tp dh member2 selalu out time so terjangkit la skit..
boleh slhkn diorg x?hehe
To Amirah :Jgnlah salahkan kwn pulak..cuba muhasabah blk, dimana kesilapan diri...
BalasPadamkalo marah, bykkan istighfar,, insyaAllah xde kes ngamuk2.. huhu
BalasPadam