Best Story

29 Januari 2010

Ada orang mengamuk kah di sini?!


Mengamuk...!!! Pernahkah korang semua nampak orang mengamuk? Apakah tindakan korang semua apabila menghadapi kejadian seperti diatas...Kejadian kat  atas nie berlaku kat Kuala Lumpur, nie kerana gara-gara kereta nie begesel sikit dengan mat motor nie...Lalu mat motor nie pun mengamuklah dan memecahkan cermin kereta mangsa....Kesian gak kat mangsa nie, walaupun dia merayu dengan mat motor nie agar tidak diapa-apakan...mat motor terus sahaja mengamuk macam orang gila...Mangsa nak melarikan diri tak dapat, jalan tengah jem gila...Hanya mampu melihat sahaja cermin keretanya dipecahkan dan membiarkan sahaja mat motor yang mengamuk itu menumbuk mukanya sekali sekala....Adui!!

Walaupun kisah di atas sudah berlalu lebih kurang 2 tahun yang lalu (peh jangan marah korang semua)...gua membuka cerita pasal orang mengamuk nie kerana rentetan daripada 3 kes amuk yang telah berlaku kat dalam negara kita nie, yang mana tak sampai pun dalam tempoh 24 jam kelmarin.... 

Kes pertama berlaku kat Sandakan, Sabah...seorang lelaki telah maut setelah dikelar dileher dengan menggunakan parang dan 5 orang lagi lelaki telah cedera dalam kes amuk seorang lelaki yang berumur 29 tahun...semuanya gara-gara kerana  mereka mengejek suspek...kemudian suspek mengambil parang dan mengamuklah...

Kes kedua pula telah berlaku kat sik, Kedah...Seorang lelaki yang berumur 60 tahun yang  dipercayai mengalami tekanan emosi telah membakar rumahnya sendiri, apalah punya pandai sangat...pergilah bakar sampah kat belakang rumah tue, ada lagi faedahnya...Selain membakar rumahnya sendiri,lelaki terbabit turut membakar 5 buah kereta dan 2 bijik motor milik jirannya...Cubaannya untuk mencederakan isteri dan anaknya gagal, kerana isterinya beserta anaknya awal-awal lagi dah cabut lari...

Kes ketiga pula telah berlaku kat Kuala Lumpur...Seorang lelaki yang dipercayai mabuk dan gagal mengawal dirinya telah mengambil dua bilah parang lalu pergi mengamuk dan memecahkan cermin 11 kenderaan yang di 'parking'kan kat Jalan Medan 30, Taman Medan...Mabuk, Ntah-ntah baru minum setengah tin 'beer' dah mengamuk, orang biasa minum satu botol tak mabuk pun...Hei, korang jangan tuduh gua nie minum arak pula, gua minum coke jer sebotol...Hahaha..(Perhatian!!Meminum arak adalah berdosa besar dalam Islam)

Mengapakah kejadian amuk nie boleh terjadi, adakah kerana kumpulan "AMUK" yang dianggotai dengan Bandi, Metal Jawa dan ntah apa-apa ntah gua pun tak ingat nama diaorang semua tue yang menyebabkan, manusia mengamuk? Gua harap korang semua boleh kongsikan sedikit pendapat dan buah fikiran korang bukan buah rambutan yer di ruang komen...dan kita bincangkan bersama-sama...Bukan gua tak ada jawapannya, ada sebenarnya (Ceh!!pirah..belagak plak gua nie) tetapi gua yakin dengan kemampuan korang semua, kerana korang semua adalah orang yang bijak-bijak belaka!!!

So, tunggu apa lagi...jom ke ruang komen...Adios Amigos !! 

9 ulasan:

  1. tuh la.pasal bende kecik pon bole siap berbunuh.haihhh

    BalasPadam
  2. Benda besar jgn cerita lah...siap boleh bom lagi!!

    BalasPadam
  3. wooo besar badan road bully tu. takot2..

    BalasPadam
  4. uishh!!takutTAKUTT cheq nengokk!


    *ttupTTUP mata :P

    org zaman skng..pntng dtgur..sumer nk hangen2..nk bunuh2 org...serang2 org..wat sunthin x pk gna pala hotak!

    BalasPadam
  5. To ParkAir : Boleh tahan gak ler bdn dia..tuelah mangsa pun ketakutan..

    To miszchocolate : entahlah, tak tau dah nak cakap apa...

    BalasPadam
  6. erm, kalau ikot emosi memg camnie...

    BalasPadam
  7. kalu dulu mmg seswai perkataan amuk tu..tp skang..dh jadi habit buruk la bagi aku..sume org nk ganas..nk pancung..nk tetak nk bunuh

    BalasPadam
  8. tak taw malu diorang ni
    ish2

    amuk sekali dgn vadalism plak tu

    BalasPadam
  9. Apabila nafsu amarah menguasai diri ini akan terjadi

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..