Selepas 2 hari beliau menyembunyikan dirinya, akhirnya beliau menyerahkan dirinya kepada polis di ibu pejabat polis Kota Bharu, Pengkalan Chepa...Gua pun sebenarnya tak dapat nak baca apa sebenarnya isi tulisan beliau yang berjudul "dah mampos buatlah cara mampos la" kalau tak silap gua lah, sehingga menyebabkan beliau dikehendaki oleh pihak polis...tetapi apa yang gua tahulah, isi kandungan tulisannya itu mengandungi hinaan terhadap Allahyarham Sultan Johor yang baru mangkat baru-baru nie...
Kita sebagai penulis blog nie janganlah terlalu mengikut kata hati sahaja semasa menulis blog tue...ikutlah akal fikiran yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita nie...Lebih-lebih jika menulis hal-hal berkaitan sultan dan raja-raja di Malaysia nie...Negara kita niekan ada undang-undangnya....jadi agak-agak lah jugak kalau nak lepas tue...
Gua harap saudara Aduka Taruna akan sedar akan kesilapan dirinya...Gua pun dengar dia redha akan hukuman yang akan dijatuhkan oleh mahkamah nanti...Gua harap isteri dan keluarga beliau akan terus tabah menghadapi dugaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka, sesungguhnya ada hikmah disebalik yang terjadi ini....Walaupun gua tak kenal Aduka Taruna nie, bukanlah pulak gua menulis post tentang Aduka Taruna nie kerana gua menyokong beliau...tetapi agar gua akan sentiasa beringat akan kejadian ini dan seterusnya menjadikan benda nie sebagai sempadan...
Kepada rakyat Malaysia gua harap korang maafkanlah si Aduka Taruna nie..sebab dia pun dah meminta maaf dan mengaku akan kesilapan yang telah dilakukannya telah mengguris hati seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Johor...ini permohonan maaf Aduka Taruna...sudahlah tue, maafkanlah kesalahan AT nie...sedangkan nabi ampunkan umat, niekan pula kita manusia biasa...
erm..kalu ni minx maaf pun,kena jumpa almarhum kat hri kiamat jgk..
BalasPadamnthla..
kt tggu dn lht jela..
Itulah akibat menulis tapi tidak berfikir akan akibatnya. So rasa sendirilah, seluruh rakyat Malaysia ( tak le semua ) tengah marahkan dia. Mungkin ambil masa walaupun dia sudah pun meminta maaf
BalasPadamyup, jadilah blogger yang matang..
BalasPadame2 la.. jgn la nak sedap kan aty, tapi dh menyebabkan orng laen skit aty.. ta baek.. kne pndai kias2 walopon kite mmg dh menciikk sgt..
BalasPadamem..tula..tapi sedikit sebanyak telah membuka mata aku bahawa kita kurang bersatu padu
BalasPadammaka timbullah orang2 seperti aduka ini untk memberontak..
SURAT BUAT ADUKA
Ramai blogger di Malaysia (sebahagiannya yg hatinya diselimuti titik2 hitam) yang berfikir bahawa blog adalah tempat utk mencerna apa yg tersimpan di benak sanubari..tp masih lemah dlm perihal membuat pertimbangan tentang artikel yg akan dikeluarkan tu selari sama ada selari dgn undang2 @ tidak.
BalasPadamKita x punya hak (yg mutlak) utk menentukan kebenaran, keadilan @ ketidak adilan di tangan sendiri.
Kita hanya mampu berusaha & bertawakal kpd ALLAH sesungguhnya DIA pemilik keadilan yg tiada tolok bandingnya selayaknya sbg PENCIPTA kita YANG MAHA ESA :)