Best Story

24 Januari 2010

Mat rempit hilang taring dengar hukuman..




Jika dahulunya setakat selekoh lipat maut memang tidak ada hal baginya, bagi kawan-kawan seperjuangannya dialah jaguh dan raja dijalanraya, perasaan takut tiada dalam dirinya akibat ingin menunjukkan kehebatannya kepada kawan-kawannya, lebih-lebih lagi apabila mendengar sorakan peminatnya untuk melihat aksi mautnya...tetapi keberaniannya kini hanya tinggal kenangan apabila dia hampir pengsan apabila hukuman dikenakan oleh mahkamah Seremban pada 22 jan tahun nie..
Bekas 'pelesit jalanan' nie mendapat hukuman 20 bulan penjara, denda RM8000 dan juga dilarang mengambil lesen selama 2 tahun...Dia seperti tidak mendapat menerima hakikat hukuman yang dikenakan kepadanya...Oklah tue, nasib baik mahkamah tak bagi kena sebatan, kalau sebat...pasti berparut la punggung tue bro...
Dia ditahan oleh polis semasa menunggang motor motosikal jenis Yamaha RXZ secara berbahaya pada 29 April 2001...Gua berharap agar dia akan  insaf  dengan perbuatannya yang bukan sahaja boleh meragut nyawanya sendiri, tetapi boleh meragut nyawa orang lain...Kalau tak insaf jugak, mungkin nak tunggu badan tue putus dua barulah nak insaf, tetapi semua itu dah terlambat..sebabnya dah tak sempat nak bertaubat dah..

3 ulasan:

  1. atas jalan je lah jaguh.

    kat mahkamah jadi nyah!

    BalasPadam
  2. Jaguh tak berakal.... persenda nyawa atas jalanan. Nak race? Race betul-betul la..... trek kan ada?

    BalasPadam
  3. alaaa b***h laa mat rempit nie..poyo giler..depan org ramai nak tunjuk hero,boring je aku tengok..bila daa jatuh,daa banyak darah keluar mulaa nak minta tolong..menyusahkan orang..cuba fikir sebelum buat ape-ape tu..daa la ramai orang melayu ajer..hidup tak ada hala tuju,lansung tadek cita-cita nak maju..ishh!!bosan ngan mat rempit..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..