Best Story

14 Januari 2010

Nasib Si Ayam Jantan Tua...


Kisah ini menceritakan tentang seorang penternak ayam yang ingin membiakkan ayam peliharaanya, dimana dia mempunyai 25 ayam betina dan mempunyai seekor ayam jantan yang terlalu tua usianya...

Oleh Kerana dia merasakan ayam jantan yang tua itu sudah tidak dapat lagi memberikan hasil pembiakan yang diingininya dan tidak produktif lagi, si pemilik penternakan ayam itu memutuskan untuk membeli seekor lagi ayam jantan yang masih muda dan 'power'.

Perkara ini membuatkan si ayam jantan yang tua terbabit merasakan dirinya akan mempunyai pesaing.

“Eh, kamu jangan tamak... Ayam betina disini ada 25 ekor semuanya... Kamu boleh ambil 15 ekor, manakala bakinya bagilah untuk ku, macam mana?” Tanya si ayam tua kepada ayam jantan yang baru sahaja sampai di kandang ternakan itu...

“Mana boleh, aku tak setuju... Kamu kan sudah tua dan lemah...berikan sahaja semua ayam betina yang ada di sini untuk ku” kata si ayam jantan  yang baru sampai tadi.

“Baiklah, aku cabar kau ayam muda... Kita berlumba, siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada di sini,” Cabar si ayam jantan tua.
“Boleh!! Aku tak ada masalah, tapi mau berlumba apa?” Tanya si ayam jantan muda.
“Lumba lari 100 meter” Jawab si ayam jantan tua.
“O.k, tiada masalah.” beritahu si ayam muda.

Si ayam jantan tua terdiam sekejap. “Tetapikan aku sudah tua, boleh tak aku lari di depan mu sejauh 25 meter dulu... Itu pun kalau kau beranilah?”

“Aku tidak pernah takut dan gentar?” ujar ayam jantan muda dengan amat yakin sekali.

Perlumbaan itu pun bermula... Ayam jantan tua memulakan lariannya dahulu 25 meter, seperti perjanjian mereka tadi... Kemudian barulah ayam jantan yang muda lari mengejar dengan kelajuan sepantas kilat...

Sewaktu hampir memintas si ayam jantan tua, si ayam jantan muda tiba-tiba menggelepar dan kemudian mati kerana ditembak oleh pemilik penternakan ayam terbabit...

Sambil memungut bangkai ayam muda tadi, si pemilik merungut, “Siot! ini dah masuk sepuluh kali aku beli ayam jantan homo bulan nie. Bukannya mengejar ayam betina, tetapi mengejar ayam jantan tua ini pula!”

Si ayam jantan tua berasa sangat gembira selepas kejayaannya memperdayakan si ayam jantan muda yang baru sampai itu...dan tiada lagi ayam jantan lain yang dapat mengganggu ayam betina miliknya...

8 ulasan:

  1. tak ada ler..nie cerita dongeng jer..utk hiburkan hati korang...

    BalasPadam
  2. hahaha.. terhibur saya membacanya di pagi ini.. lawak aje.. huhuhu.. (^__^)

    BalasPadam
  3. lawak sungguh... ok lahhhh buat hilang sengal2 minda di petang2 hari sebelum maghrib ni.

    BalasPadam
  4. hahaha lawak a..tak pernah terpikir pn sebelum ni..caya la bro..

    BalasPadam
  5. To Kakchik:
    Ya pasti segala sengal2 tue akan hilang ngan lawak nie..hehehe..

    To FIT :
    Time Kasih..nie yg bertambah semangat nak buat entry kisah lawak nie..tima kasih lg sekali..

    BalasPadam
  6. haha siotttttttttt !!!!!!!!!!!!

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..