Best Story

2 Januari 2010

Nenek Terlampau!!!





Gua nak tanya satu soalan nie, apakah perasaan korang apabila nenek yang korang sayang-sayang dan sanjung-sanjung tue tiba-tiba korang dengar telah kena tangkap oleh jabatan Agama Islam kerana berkhalwat!!! Mesti sedihkan...
Yups...tapi yang kena tangkap tue bukan nenek gua yer...jangan salah faham yer..Gua kenal nenek gua...hehehe...
Nenek yang gua nak maksudkan dalam cerita nie sedang menetap kat Kuantan Pahang, dan telah pun mempunyai seramai 8 orang cucu...dan beliau juga sudah berumur 54 tahun...Tujuan gua memaparkan kisah nie bukanlah pulak untuk memalukan beliau dan juga keluarga beliau yer...Gua sekadar ingin memberikan pengajaran buat diri gua sendiri dan juga para pembaca yang gua kasihi...
Nenek nie telah menjanda selama 6 tahun semenjak kematian suaminya...lama jugak tue nenek nie menahan nafsu berahinya...Pada 3 bulan yang lalu, beliau telah berkenalan dengan seorang pemuda yang masih lagi bujang berumur 38 tahun yang mana muda 16 tahun dari beliau...
Setelah berkenalan melalui telefon, sms, dan berjumpa sekali-sekala jika ada kesempatan mulalah timbul rasa bibit cinta di dalam hati mereka...Maka pada pagi 31 disember 2009 dengan rasa persetujuan yang dirancang oleh beliau dan pasangannya, mereka bercadang untuk meraikan sambutan tahun baru 2010 yang akan menjelma di bandaraya Kuantan dengan penuh kemeriahan...Nak sambut kat Dataran Merdeka KL, jauh pulak kata mereka...mana nak isi minyak kereta lagi, tol lagi dan pelbagai lagi kos luar jangka, menghalang mereka untuk menyambut di KL...
Jeng..jeng..jeng...masa yang ditunggu-tunggu oleh beliau dan pasangannya telah tiba, maka mereka pun bergeraklah ke Bandar Kuantan lebih kurang jam 4 petang...Lalu sementara menunggu detik jam 12.00 tghmalam tiba, mereka berjalan-jalan di sekitar bandaraya Kuantan bagaikan 2 ekor burung merpati terbang sejoli...Selepas mereka telah puas menyaksikan kecantikan bunga api yang di sediakan oleh pihak berkuasa semasa detik jam 12.00 tghmalam itu...Dengan secara tiba-tiba, nafsu berahi yang dipendam oleh nenek nie selama 6 tahun itu mula bergolak...
Kemudian mereka bercadang untuk menyewa sebuah bilik di hotel murah di bandar Kuantan kerana nenek dan pasangannya masing-masing sudah tidak dapat mengawal nafsu berahi mereka...Dan apa yang terjadi selepas mereka berada di dalam bilik hotel itu...Aduh...Gua dapat cerita sampai sini sahaja yer...Tolong la yer, ini bukannya blog durjana untuk cerita sekslah...hehehe..Jangan mara...
Dengan tanpa di duga oleh nenek nie dan pasangannya, bilik mereka telah di ketuk oleh Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)...Nah!!!dengan selambernya mereka boleh cakap tunggu sekejap kat pegawai JAIP tue, mereka nak pakai baju dulu sebab mereka sedang berbogel...Huh, langsung tak ada harga dirilah manusia nie...Hasil soal siasat Pegawai JAIP dengan nenek nie, dia takut untuk bawa pasangannya balik ke rumah walaupun rumahnya kat kampung Kurnia tak ada orang namun beliau takut orang kampung akan tahu perbuatannya...
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...Kini nenek nie menyesal dengan perbuatannya dan dia malu untuk berhadapan dengan anak-anaknya, menantunya dan cucu-cucunya...Siapa suruh, salah sendiri terlalu mengikut nafsu yang didorong oleh syaitan dan iblis...Gua berharap nenek nie akan kembali ke pangkal jalan dan bertaubat sebelum ajal menjemput nenek...

6 ulasan:

  1. nenek pun mcm ni.......huhuhuhu

    BalasPadam
  2. To ejaa:
    Beginilah jadinya jika tiada keimanan kpd Allah..

    BalasPadam
  3. aduh malunye jadi anak dan cucu dia..

    BalasPadam
  4. rasa nya tuh bkn kali pertama..
    ^^
    mcm dah biase je nenek ni
    (agak je, bkn firnah)

    BalasPadam
  5. ko pon da tua pon lg terok tk yah citer lebih

    BalasPadam
  6. Benda sedap dan nikmat tak kenal usia....

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..