Sudah agak lama juga, gua tak menulis entry terbaru dalam blog gua nie...Gua ingin memohon maaf kepada korang semua yer, sejak semenjak 2 menjak nie, gua menjadi sibuk gila (bukan sibuk dan gila ek..)...Dalam kotak pemikiran gua nie, pelbagai entry yang berkaitan jenayah yang berlaku kat negara kita nie sejak akhir-akhir nie tak dapat gua postkan kerana banyak sangat halangan...Tetapi gua berjanji, gua akan cuba mempostkan entry terbaru sekiranya gua ada kelapangan yer....
Oklah, gua ingin berbalik kepada entry gua hari nie...Mesti korang kat luar sana ada mendengar berita atau membaca di dada-dada akhbar tentang kematian kanak-kanak malang nie akibat didera oleh teman lelaki ibunya...Gua tersangatlah yakin dan pasti, sesiapa yang membaca berita nie kat akhbar pasti akan marah dan akan meghamburkan maki hamun terhadap pelaku jenayah kejam nie...Gua sendiri pun tidak ketinggalan melemparkan 2 hingga 10 kata makian terhadap suspek kepada kes penderaan ini...
Ini adalah gambar mangsa yang didera sehingga mati tue...
Korang nampak tak gambar kat atas nie? Nielah budak yang menjadi mangsa dera kejam yang dipercayai telah dilakukan oleh teman lelaki ibuya dan juga dipercayai ibunya sendiri juga terlibat sama mendera kanak-kanak yang tidak berdosa nie...Mengikut kata saksi, teman lelaki ibunya telah membawa mangsa ke padang bola yang berhampiran rumah mangsa, sedang suspek asyik tengah bermain bola bersama rakan-rakannya...tiba-tiba kanak-kanak nie telah menangis dan suspek telah pergi ke arah mangsa lalu tanpa rasa belas dan kasihan telah membelasah mangsa dengan menyepak dan menampar kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun nie...Orang ramai yang tidak tahan melihat kekejaman penderaan tue telah meleraikan keadaan tue dan kemudian mengangkat mangsa masuk ke dalam teksi milik suspek dan kemudian suspek bersama rakannya telah menghantar mangsa ke hospital....
Sesampainya di hospital suspek telah memberitahu jururawat bertugas bahawa mangsa terlibat dengan sebuah kemalangan jalanraya, tetapi jururawat terbabit berasa curiga dengan melihat terdapat banyak kesan lebam dibadan mangsa yang dipercayai seperti dipukul...Jururawat itu cuba bertanya kepada suspek, di mana kemalangan itu berlaku, tetapi suspek yang kelihatan resah bergegas pergi meninggalkan hospital tersebut...Jururawat tersebut kemudiannya telah melaporkan kepada pihak polis berkaitan perkara ini dan suspek dan ibu kepada mangsa telah ditahan oleh pihak polis untuk disiasat...
Ibu kepada mangsa ini adalah seorang janda yang baru berumur dalam lingkungan 20-an..Dipercayai hasil hubungan intimnya dengan teman lelakinya nie...mereka telah mempunyai seorang anak yang berusia setahun 6 bulan...Gua tak tahu nak cakap apa lagi dengan kekejaman penderaan seperti nie...Gua rasa suspek yang melakukan jenayah kejam nie pun harus diberikan balasan yang setimpal dengan perbuatannya...Mungkin kalau setakat hukuman penjara saja pasti suspek belum lagi merasa kesakitan yang dialami mangsa sebelum mati....
OMG!
BalasPadamKesiannya!
Teringat adik dekat rumah lak
macam2 btol jenayah yg berlaku kblakangan ni..kesian budak yg x bersalah tu..
BalasPadamtuhan bagi akal xnak guna..bangang punya olang...
BalasPadamKejam sungguh, baru tau plak budak ne yang didera sampai mati.. Innalillah.
BalasPadamhuhu kesian budak tu..org yang buat benda ni lagi teruk dari haiwan!!
BalasPadamada baca berita ni kat berita harian. kesiaannya.. ibu zaman sekarang tak ubah macam binatang. sesetengahnya tapi tak semua.
BalasPadamSedih betol..tak suke!!
BalasPadamSalam