Best Story

1 Mac 2010

Botak Chin Part II


Seperti yang gua janjikan, ini adalah sambungan kepada kisah penjenayah paling bahaya kat Malaysia pada era 70 an Botak Chin...Sesiapa yang belum baca part 1 kisah nie boleh korek kat sini...
Setelah Botak Chin menyertai kumpulan kongsi gelap 360, dia mula terlibat dengan jenayah kecil-kecilan contohnya seperti mencuri. Maklum sajalah dia belum ada pengalaman, jadi dia hanya sekadar menjadi pengikut saja untuk menimba pengalaman dalam bidang jenayah nie (belum ada pangkat lagi nie yer).. Kira-kira beberapa tahun dia terlibat dengan geng 360 nie, dengan tidak di duga olehnya…ibu yang disayanginya pergi meninggal kan dirinya buat selama-selamanya, iaitu meninggal dunia…
Setelah kematian ibunya, Botak Chin telah jarang pulang ke rumahnya dan dia lebih suka tidur di rumah kawan-kawan geng kongsi gelapnya dan perkara ini telah lebih memperbanyakkan pengalaman dan pengetahuanya dalam bidang jenayah nie (Bidang jenayah pun ada ker?..hehe) Akibat  terlalu sering berdamping dengan kawan-kawannya dia mula berasa kagum akan kehebatan kawannya sebagai gangster, lebih menambahkan rasa kagum dan anehnya apabila dia melihat pistol yang tersisip di pinggang kawannya, dia berasa seperti manusia yang paling berkuasa, walaupun pada masa tue dia belum ada pistol…tapi dia pulak yang terlebih rasa berkuasa jika hendak dibandingkan dengan kawannya yang memiliki pistol Siam itu (Nah, telebih sudah!)…Apa tidaknya, dia boleh pula menjadi perancang pada rompakan pertama dalam sejarah jenayah besarnya dengan menghasut tiga kawan karibnya, yang mana dua memiliki pistol pada 19 April 1969…
Selepas kejayaan dari rompakan itu, Botak Chin telah memiliki pistol pertamanya iaitu jenis .22 Revolver. Lalu, setelah dia berfikir pendek dia berasa terasa ingin mempunyai sebuah geng sendiri, lalu dia menubuhkan gengnya sendiri dan pada tahun itu Botak Chin dan gengnya telah berjaya melakukan 8 siri rompakan…Walau bagaimanapun, kegiatan jenayahnya ini berjaya dipatahkan dan geng yang ditubuhkan olehnya ditumpaskan  oleh pihak polis. Dia dipenjara selama tujuh tahun, dan sepanjang berada di penjara dia berusaha untuk menjadi seorang manusia…dan selepas tempoh hukumannya berakhir dia pun dibebaskan dari penjara pada tahun 1974. Selepas dia dibebaskan, dia mencuba untuk menjadi seperti insan biasa, dia mula menceburi bidang perniagaan iaitu menjual sayur-sayuran...tetapi mungkin kerana tidak mempunyai rasa puas dan terlalu ingin cepat menjadi kaya, Botak Chin mula aktif kembali kepada aktiviti jenayah nie…
Botak Chin pun mulalah menubuhkan geng barunya dengan mengambil  anggota baru yang terdiri dari penjenayah yang kejam  dan boleh dikatakan otai jugalah dalam bidang jenayah nie.(Penjenayah pun ada ranking ‘Otai’ juga bro…peh) Antaranya ialah Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (She Chai). Setelah mengatur strategi  jenayahnya bersama ahli kumpulannya, dia berasa masih ada lagi  kekurangan. Dia memang sedar akan kehebatan dan keberanian dirinya dan juga anak buahnya, sekadar nak patahkan tangan dan leher orang, tutup mata memanglah tak boleh buat apa-apa…tapi kalau buka mata memang senang-senang jer dia nak patahkan leher orang lain…Dia menyedari tak ada gunanya juga jika berani tahap singa dan handal bergaduh, tanpa senjata api…siapalah diri jika berhadapan dengan anggota polis yang lengkap bersenjata…
Lalu dia pun membeli 3 pucuk pistol (bukan 3 pucuk surat yer) di Thailand dengan bantuan rakan  jenayahnya di sana…Setelah menunggu hampir seminggu jugaklah untuk pistol Siam tue sampai ditangannya, akhirnya pistol yang ingin digunakannya untuk melakukan jenayah berada ditangannya. Dia tidak mahu lagi membuang masa, lalu dia memulakan siri rompakan yang pertamanya selepas dia dibebaskan dari penjara. Pada 2 Jun tahun 1975 sasaran rompakannya adalah sebuah pusat perjudian haram di Sentul dan dia telah berjaya mengkebas sebanyak RM5800!!…dan duit hasil rompakan itu tidak lagi digunakan untuk dia dan kumpulannya berenjoy dan bergumbira, sebaliknya dia menggunakan duit tersebut untuk membeli 8 lagi senjata api dan 100 butir peluru untuk mempersiapkan diri dan kumpulannya menjadi satu kumpulan kongsi gelap yang berkuasa di Malaya..Kini dia dan kumpulannya mempunyai 11 senjata api dan 100 butir peluru semuanya!!!
Botak Chin menjadikan sebuah kawasan lombong tinggal di Kepong sebagai lapang sasar. Botak Chin dan kumpulannya berlatih menembak di situ, anjing-anjing liar yang berkeliaran di kawasan itu menjadi sasaran mangsa tembakan untuk dia mempertajamkan skill dan teknik menembaknya…Botak Chin juga semakin hari semakin handal menembak, dia juga tidak berasa segan dan malu mempamerkan pistolnya dengan mensisipkan pistol dipinggangnya di Pasar Sentul (Ala-ala koboi sesat gitu)…Orang ramai yang melihat Botak Chin dan pistolnya tidak berani melaporkan kepada polis kerana mereka semua khuatir akan dibunuh oleh Botak Chin dan konco-konconya…Dia merasa dirinya semakin berkuasa dan hebat kerana tiada siapa berani menentangnya…
Bersambung…

23 ulasan:

  1. Sori lah bro..kisah nie bukan menceritakan samseng yg berkepala botak atau pun penjenayah yg botak licin yer..sila baca part 1...pasti anda phm...

    BalasPadam
  2. olahan citer yg diselitkan lawak bersahaja mmg sgt cool bro...huhhuhhu...ok, tunggu next episode..wah dah macam tv series la plak..muahahaa

    BalasPadam
  3. To Amrule: TQ bro..tanpa sokongan lu siapa lah gua..

    BalasPadam
  4. Fuyoo.. syabas info menarik ne.. aching!

    BalasPadam
  5. part 3 part 3!!!! aku nak part 3..janganla potong stim..hehe

    BalasPadam
  6. To Billet-Doux : Tq Billet, pujian anda dihargai..hehee

    BalasPadam
  7. thanks singgah blog gua..lu memang pandai bermain kata2..pasti ramai wanita suda terpedaya dengan kata2mu..hehe

    BalasPadam
  8. To yoy : Nasib bek pandai bermain kata2...kalau pndai bermain lidah pa cer tue?hehahe

    BalasPadam
  9. cepat cepat keluarkan part 3.. khusuk sy baca dari part 1 ni.. =)

    BalasPadam
  10. To Fyra Ruslan :Part 3 coming soon..sabar yer...

    To Aini : kekusyukan anda sgt gua hargai..

    BalasPadam
  11. Baru gua tahu. Rupanya dia pernah masuk penjara dulu.

    BalasPadam
  12. selambe si botak chin ni jalan2 bawak pistol... memang koboi laaa..

    BalasPadam
  13. To Nescafe Ais : Pernah, tp keluar dr penjara...jd lebih ganas..

    BalasPadam
  14. To Hajib : memang..cita2 dia kot nak jdi koboi malaya..

    BalasPadam
  15. ganazz tu. siap tayang pistol.

    BalasPadam
  16. To nuwa : gila brani tahap dewa Botak Chin nie...

    BalasPadam
  17. yo bro...
    die msok geng 360 site mne?
    77 ka?
    haha

    BalasPadam
  18. part strusnya?

    BalasPadam
  19. Woi takde modal carik sumber citer sendiri ker?.. Kalau setakat copy and paste budak tadika pun dapat buat... Kalau nak cetak rompak agak2 la woi

    BalasPadam
  20. bagi syala bro..ada juga ciri2 dpd botak chin yg menarik utk ,atau boleh di cntohi,cba kita bayangkan sekiranya botak chin telah menggunakan semangat dan keyayakinan dirinya itu digunakan utk kebaikan,misal katla..klu semangat dan keyakinan diri yg begitu tinggi di gunakan dlm perniagaan yg halal,sdh tntu botak chin sudah mjdi seorang jutawan sdh ketika ini..tpi agak2la bro..ada tk yg mhu mencntohi kyakinan dan semangat dpd botak chin..apa tak lgi semangat dan kykinan yg mahu di cntohi itu dpd seorang pnjenayah yg ganass...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..