Best Story

2 Mac 2010

Jangan Biarkan diri korang dirogol....


Di malam yang tenang dan sunyi nie, walaupun malam nie gua terasa hangat, mungkin disebabkan oleh pemanasan global yang sedang melanda dunia sekarang nie...Gua akan memberikan tips yang sangat-sangat berharga untuk kaum Hawa kat luar sana. Ok, malam nie gua bukan nak bercerita tentang cara dan tips untuk mencantikkan wajah atau bagaimana untuk melicinkan dan menggebukan kulit korang, tetapi gua ingin memberi tips yang lebih berharga dari tips merempengkan pinggang korang sehingga dapat dipeluk dengan menggunakan satu tangan sahaja atau pun tips untuk mempertingkatkan trafik  berjuta-juta lemon ke blog korang...Yang gua ingin ceritakan adalah berkenaan tips untuk mencegah dari menjadi mangsa rogol. Jadi, lelaki jangan tak ambil pot benda nie, mesti korang ada teman wanita dan ahli keluarga wanita, jadi sampaikanlah tips ini kepada mereka, jika korang betul-betul sayang kat buah hati korang tue...

Ok, pertama sebelum gua masuk kepada tips dan langkah-langkah pencegahan rogol, apa kata kita fahami dulu modus operandi jenayah rogol nie...Modus operandi nie ialah cara perlakuan atau situasi keadaan jenayah ini berlaku...

1) Cara Perlakuan (Modus Operandi)

  • Mangsa diserang di tempat sunyi dan berseorangan
  • Memujuk pujuk rayu untuk berhibur dan bermalam di hotel atau ke
    rumahnya 
  • Menggunakan dadah, minuman keras atau pil khayal sehingga mangsa
    khayal/tidak sedarkan diri untuk memudahkan dirogol(yang kaki disco 
    @ dangdut)
  • Mangsa dirogol semasa melakukan rompakan(Di rumah @ di dalam kenderaan)
  • Mangsa dirogol semasa bersendirian di rumah
  • Mangsa sendiri bersetuju bersetubuh tetapi membuat laporan atas
    sebab-sebab tertentu(Selalunya pasangan bercinta, girlfriend repot polis
    kerana teman lelaki tak mau bertanggungjawab)
  • Mangsa dirogol dengan tipudaya bomoh(Pukau@pugai)
 
2) Langkah-langkah Pencegahan

Memandu Sendirian

Hendaklah lebih berhati-hati apabila berjalan menuju ke arah
kereta di tempat letak kereta. Pastikan kereta diletakkan di
tempat yang terang, dekat dengan pintu yang menjadi laluan dan dikawal
oleh pengawal keselamatan dan kamera keselamatan. Jika korang berasa takut dan was-was bunyikan alarm kereta korang, pasti jika ada yang bersembunyi disekitar kereta korang akan terkejut dan terus lari…Jangan suka parking kat tempat sunyi…

Kepada wanita yang memandu sendirian - Apabila menuju ke tempat parking kereta, cuba perhatikan dan pastikan tiada orang bersembunyi di bahagian kerusi belakang kenderaan korang. Kalau boleh, kalau tak boleh pun kena bolehkan juga, pasanglah penghalang buka kunci kereta di pintu dan di tempat yang memudahkan kereta dibuka tanpa kunci. Ini adalah untuk keselamatan diri dan juga untuk menjamin keperawanan korang dari di ceroboh oleh lelaki yang berniat jahat.

Sebaik saja korang sampai dan masuk ke dalam kereta korang, sebelum start kereta tue, terus kunci pintu kereta korang, ini untuk memastikan korang tidak diserang semasa leka menghidupkan enjin kereta..jaranglah gua tengok orang masa nak start kereta siap boleh tengok sekeliling lagi, yang pastinya mesti korang akan tunduk sedikit dan melihat kepada tempat lubang kunci start kereta korang tue, inilah peluang perogol untuk menyerang korang...

Semasa korang memandu,pastikan pintu kereta sentiasa berkunci. Kepada kereta yang tiada central lock tue, cepatlah pergi pasang kat bengkel kereta yang berdekatan, jadi jika korang tekan jer brek, secara automatic keempat-empat pintu akan terkunci, bukan apa ini adalah untuk mengelakkan serangan  sewaktu berhenti di lampu isyarat atau di simpang jalan…Kalau dia pecahkan cermin kereta pun masih lagi menyukarkan untuk dia menarik korang keluar dari kereta kerana pintu masih terkunci, dan korang berpeluang untuk pecut kenderaan ke balai yang berdekatan…

Gua rasa setakat nie sahajalah tips malam nie, jika di izinkan Allah, esok atau 
lusa gua sambung lagi tips nie…Banyak lagi tips nie, belum lagi masuk tips 
berjalan kaki seorang diri dan menggunakan pengangkutan awam nie…Tak 
mengapa sikit-sikit yang penting korang amalkan…Lagi satu gua nak pesan kat 
korang wanita semua, Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri 
daripada sebarang pencabulan (rogol) dengan menggunakan kekerasan ke atas 
penyerang(perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke
atasnya…Jadi jangan risau untuk mencederakan perogol atau membunuh terus 
orang yang memperkosa korang yer…
 
Selamat malam…babay!!

9 ulasan:

  1. lalu lintas.. lalu lalang..

    Teruk juga Malaysia ni, kan?

    BalasPadam
  2. wahh .. nice tips !! thanx bangat.. huhu

    BalasPadam
  3. To hanis : Malaysia tak teruk, tapi org yg dlm Malaysia nie yg teruk...Tapi negara kita masih ok jika dibandingkan dgn negara luar...

    To M[i]$Z[a]C[k] : Thanx bangat jgk...

    BalasPadam
  4. haha kena hati hati, samasama kita anti-peroggol!
    nanged u. nang to find out why i luv to eat SHIT!

    BalasPadam
  5. haha..sbb tula jangan bchenta ngan budak bwh umor..kang tak pasal2 didakwa..kui3

    BalasPadam
  6. semua tips diatas sudah dipraktikkan sejak mula dapat pegang stereng dulu dan akan terus diamalkan! sesungguhnya dunia ini semakin menakutkan!!

    BalasPadam
  7. sangat2 menakutkan if terjadi begini...thankx for the info.. memang xkan pernh lupe lock pintu :D

    Khaizarien @ atie Blog

    BalasPadam
  8. eee...takut laa i

    BalasPadam
  9. pergh, lu tau bnyak..hehe..entah2... hehe..

    xde la bro.. gurau je..

    bgus.. gua nak kasi tips ni kt awek.. huhu..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..