Gambar Hiasan jer, Bukan rumah mangsa erk...
Salam semua,
Arm harap korang semua sihatlah hendaknya ya. Jaga kesihatan dan jaga pemakanan korang, bukan apa, nanti kalau korang semua sakit, siapalah yang nak datang ke blog Arm nie, sunyi pula Arm nanti...hahaha. Arm bergurau senda saja yah, jangan pula ambil hati beb...Oklah, kenapa pula tiba-tiba ada gambar rumah terbakar kat atas tue? Siapa pula yang terlebih rajin sangat pergi bakar rumah malam-malam buta nie...
Gambar rumah terbakar kat atas tue sebenarnya berkait rapat dengan entry Arm malam nie. Sebuah rumah telah terbakar di Ipoh, perak semalam. Kesian kat mangsa, habis rumah musnah kena jilat api termasuklah, sebuah kereta, lori dan juga motor milik mangsa. Mujurlah tiada nyawa yang melayang, harta boleh dicari ganti, nyawa siapa yang nak gantikan?
Ucapan tahniah wajib diberikan kepada seorang abang yang baru berumur 13 tahun kerana sanggup bergadai nyawa membantu emaknya menyelamatkan 4 adiknya dari terbakar di dalam rumah mereka.Dia mendukung 2 adiknya yang berusia 3 dan 6 tahun, manakala dalam masa yang sama mengheret 2 lagi adiknya yang berusia 9 dan 11 tahun keluar dari rumah meredah api yang sedang marak memusnahkan rumah mereka...
Walaupun keadaan yang sangat merbahaya, dengan asap yang tebal dan api yang marak, dia tetap menguatkan semangatnya demi menyelamatkan bukan saja dirinya, tetapi juga nyawa adik-adiknya. Owh, emaknya pula setelah dia mengejutkan anak-anaknya, dia pergi cuba menyelamatkan dokumen-dokumen penting milik keluarga mereka. Masa kejadian, suaminya tiada di rumah kerana sedang bekerja....
Syukurlah mereka semuanya selamat, bagi Arm harta dan benda yang hilang boleh kita cari lagi, tetapi nyawa kat mana nak dapat kalau dah mati. Kat pasar borong atau supermarket pun dah tentu-tentu tak dapat. Jadi pesanan Arm malam nie, hargailah dan peliharalah hubungan adik-beradik kita. Janganlah kita rosakkan dengan hal-hal dunia semata. Bak kata orang dulu-dulu, "Air yang dicincang tak akan putus"....
BabayZZZ...
pa kabar ni ???
BalasPadamtrimas 4 sharing.
BalasPadamsurat khabar takdek.
da lame x bace....wa~~
To bawahbumi : ya, sama2...
BalasPadamTo Fais cWaKep : kabar baik nie...
BalasPadamAlhamdulillah...dorang semua selamat. Abg tuh punyai ciri manusia yg hebat. Kak Finaz suka yg Arm tulis yg nih
BalasPadam"hargailah dan peliharalah hubungan adik-beradik kita. Janganlah kita rosakkan dengan hal-hal dunia semata" - sgt benar & tepat..
sape tak sayang saudara kandung sendiri kan.
BalasPadamtapi ade jugak kan.. huh...
alhamdulillah kanak2 itu selamat
BalasPadamto Finaz :Terimas kak Finaz...tuelah Arm pun sedih sgt skrg nie byak hubungan adik beradik retak sbb hal perebutan hartalah...semua hal dunia saja...
BalasPadamTo YobSumo : Mmg ada jgk...byk sebenarnya yg berlaku skrg...
BalasPadamtersangat la beraninya, api kalau besar panas tu kalu g dekat, aku x tau la sanggup ke x redah api camtu..
BalasPadam