Best Story

29 Mac 2010

Tumbuk Dinding 35 kali dapat RM2!!!!

Assalammualaikum w.b.t

Tajuk entry di atas bukanlah pula Arm nak membuat cabaran atau pun contest menumbuk dinding. Arm sekadar nak berkongsi sebuah cerita yang telah berlaku di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur pada bulan oktober tahun yang lalu dah...

Budak-budak sekarang nie Arm tengok dah terlalu berani untuk membuat sesuatu perkara yang sangat diluar batasan. Mungkin dah terlebih mendapat kemajuan tue kan, itulah jadi macam perkara nie. Bukanlah pula Arm nak menyalahkan kat kemajuan yang kita kecapi sekarang...

Ceritanya begini, seorang pelajar wanita sekolah rendah yang mana nama sekolahnya dirahsiakan telah menjadi mangsa 4 rakan lelaki sekelasnya. Mangsa apa? dia telah menjadi mangsa cabul dan gangguan seksual yang mana telah dilakukan oleh ke empat-empat rakan sekelasnya itu...

Bagaimana perkara nie boleh terjadi pulak nie? Ia terjadi kerana ketika tiada guru yang masuk ke kelas mereka, untuk menghilangkan bosan pelajar perempuan tersebut telah mencabar seorang dari 4 rakan lelaki sekelasnya untuk menumbuk dinding sebanyak 35 kali. Dan jika sesiapa yang berjaya akan diberikan hadiah RM 2...

Tetapi tiada seorang pun dari mereka yang berani untuk menumbuk dinding kelasnya. Lalu pelajar wanita tue keluar pergi ke tandas. Sekembalinya dia dari tandas, seorang pelajar lelaki yang dicabar menunjukkan penumbuknya kepada mangsa, dan dia mengatakan dia telah menumbuk dinding serta menunjukkan penumbuknya yang kemerahan itu...

Mangsa enggan memberi duit RM 2 kerana dia tahu dia kena tipu, tetapi kerana takut kepada rakan lelakinya, dia memberi duit yang tak sampai RM 2. Rakannya menjadi bengang, lalu terus memegang buah dada mangsa serta 3 rakannya yang lain turut menjerit dan mengejek buah dada mangsa...

Akhirnya mangsa meminta bapanya menukarkan dia ke sekolah lain kerana trauma dengan kejadian itu..Itulah dia kehebatan budak-budak zaman sekarang. Kecil-kecil lagi dah menunjukkan bakat menjadi bakal perogol yang terbilang...Bayangkanlah budak- budak inilah yang bakal menjadi pemimpin negara, tak ke musnah negara nie...

P/s : Gua tak sanggup nak bayangkan...

18 ulasan:

  1. kids these days.. too spoilt i think.. =/

    BalasPadam
  2. budak2 terlalu advance
    dia pernah nampak perlakuan mcm tu...salah satu cara untuk mmbalas dendam kepada perempuan ( dlm filem atau drama ) jadi dia gunakan cara tu...

    BalasPadam
  3. hmmm...terkejut gak bila baca berita nih

    BalasPadam
  4. Aits..
    mana kesedaran..
    kenapa semuanya harus berkaitan remaja?
    kecewa.....

    BalasPadam
  5. pelik2 btk bdk zmn skrg nie..
    mkin mjadi2..

    BalasPadam
  6. to kenwooi : very sad look kids today...huhu

    BalasPadam
  7. To Kujie : wah kak Jie komen kat blog Arm nie...terharu sgt2..

    Betul tue kak, salah satu penyebab perkara sebegini, pengaruh filem dan drama kat tv...

    BalasPadam
  8. To Billet-DOux :Remaja darah panas...semua nak di try dorg...

    BalasPadam
  9. To rossoneri : iyelah..Arm pun apa kurgnya..terkezut sgt2...

    BalasPadam
  10. wow, kalu dulu laaa tak terlintas langsung nak wat benda macam ni.

    BalasPadam
  11. macam2 budak zaman sekarang.. err,, budak dulu2 tak macam tu ke?? hehe...

    BalasPadam
  12. institusi keluarga sekarang dah tak macam dulu. Mak ayah kerja balik lewat petang atau maybe malam. Anak dok dgn maid atau htr kat org. Kat situlah spoilnya..Perhatian takde. Apalagi kasih syg, nilai moral, Islamic value dll...semuanya hilang dgn 'masa' yg hilang drp bersama anak2 tuh..

    BalasPadam
  13. To AMR : budak2 dulu tak lah sehebat sekarang...klu dulu kita buat salah....tiba2 kwn bapa kita nmpak kita merokok atau buat perkara tak elok..bapa kwn kita siap bole bg pelempang kat kita...

    lepas tue kwn bapa kita bawa kita jumpa bapa @ mak kita..mak kita lagi bg pelempang kat kita...

    sekarang, dah tak bole sentuh anak org len...siap mak bapak pula yg bertumbuk...

    BalasPadam
  14. To Finaz : Arm sgt setuju dgn pandangan Finaz tue...mmglah budak2 klu dah kurang kasih sayang..mcm hal yg di buat mereka semata-mata untuk menarik perhatian ibu bapa...

    BalasPadam
  15. ermmm...tetibe mcm x ready lg nk jd cikgu...:(

    BalasPadam
  16. aku dulu tumbuk muka kawan aku sebab dia suruh.. heheheheh

    BalasPadam
  17. To Mr. J pengerindu : hahahaha...gila ah..keluar darah ker dari hidung kwn ko..?hahaha

    geli pula hati Arm...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..