Best Story

28 Mac 2010

Bentong Kali Part 2...

Setelah kita mengetahui serba sedikit asas biodata Bentong kali  pada part one yang lalu, kini marilah kita merungkai apakah keganasan yang telah dilakukan oleh si Bentong Kali nie sehinggakan pihak berkuasa memberikan ganjaran sebanyak RM 100,000 pada masa tue  untuk sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya si Bentong Kali nie...

Bentong Kali nie telah mula berjinak-jinak dalam kegiatan jenayah nie pada usianya yang masih muda lagi, iaitu pada umurnya 14 tahun lagi. Sayangkan muda-muda dah jadi penjenayah. Dia mula terlibat dengan jenayah apabila dia telah memberhentikan dirinya daripada sekolah pada tingkatan satu dan mula membabitkan dirinya dengan jenayah apabila telah menganggotai kumpulan kongsi gelap cina 04 bukan 007 yah...itu James Bondol..hehehe

Pada usianya 19 tahun, Bentong Kali pernah ditangkap oleh pihak berkuasa ketika dia melakukan jenayah dan dia telah disumbat ke dalam penjara, tetapi sayangnya dia tidak pernah insaf dan berasa serik setelah berada di dalam penjara. Setelah dia bebas daripada penjara, dia merasakan seperti dirinya paling hebat kerana baginya bukan senang untuk seseorang itu merasa untuk tinggal di dalam penjara, hanya orang yang terpilih oleh polis saja yang dapat tinggal di penjara. Dan selepas 4 tahun dia dibebaskan, dia menimba pula pengalaman di bidang jenayah nie dengan mengikut pula kumpulan kongsi gelap india pula iaitu kumpulan 08...Apa nie semua geng kongsi gelap pakai nombor daaa...

Selepas dia menganggotai kumpulan 08 nie, dia mulalah melakukan jenayah yang ganas seperti membunuh, memeras ugut dan terlibat dengan pengedaran dadah di sekitar Brickfields, Segambut,Sungei Way dan Ampang. Boleh dikatakan pukul dan membelasah orang nie dah jadi macam sarapan dialah.  Terbuka saja matanya, mesti nak cari mangsa untuk dibelasah. Bukan nak cari nasi lemakah atau pun roti canai untuk dijadikan sarapan. Sehinggakan pihak berkuasa pun dia boleh cabar jugak woo. Kononnya tiada istilah takut dalam kehidupan Bentong Kali nie...Dan baginya tiada undang-undang perlu diikuti...

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya mencium tanah juga apabila dia sekali lagi dicekup oleh pihak polis   pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah ditempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada 1987 tetapi bukan bebas begitu saja ya, dia bebas tetapi bersama sekatan kediaman terhad di Kuantan, Pahang..Walaupun dia dikenakanan hukuman yang boleh dikatakan berat jugaklah, masih lagi tidak memberikan keinsafan kepada dirinya...Entahlah, mungkin dia merasakan hukuman itu masih lagi tidak memberikan pengajaran buat dirinya...

Dan Bentong Kali memulakan kembali kembali karier jenayahnya di Jalan Klang  Lama, Kuala Lumpur dengan menubuhkan kumpulan kongsi gelapnya sendiri iaitu geng 04, apa daaa, nombor lagi. Kali nie dia melakukan jenayah pengedaran dadah di sekitar Kuala Lumpur nie. Dan sekali lagi dia ditahan oleh pihak polis pada 1990 di bawah akta dadah berbahaya 1953. Tetapi sayangnya, bukti untuk mengaitkan dia dengan pertuduhan tidak mencukupi dan dia terlepas...

Untuk pengetahuan korang jugak, ditubuh badan si Bentong Kali nie banyak tatu woo..Kesemua tatu nie kiranya untuk menggambarkan tahap keganasan dirinyalah..Antaranya tatunya adalah yang berbentuk tulisan "Born To Kill" ..dalam bahasa inggerisnya kalau tak silap gua dilahirkan untuk membunuh. Selain tue, terdapat gambar tatu binatang yang ganas-ganas belaka, antaranya lukisan kepala harimau ditangan kanannya manakala gambar perempuan bogel, ular dan juga helang ditangan kirinya...Bahagian belakang badannya juga turut tidak dibiarkan kosong begitu saja, ia turut dilukis dengan gambar tatu burung helang. Serta kedua-dua bahagian pahanya juga turut menjadi mangsa kepada ukiran perempuan bogel juga. Dia bukan apa, supaya apabila bosan bolehlah dia tengok gambar-gambar tatu terbabit...

Antara pembunuhan yang kejam dilakukan oleh Bentong Kali, ialah pembunuhan 4 orang di Taman Taming Jaya Balakong, Selangor pada 14 jun 1993 ketika 40 orang penduduk sedang bergembira menyambut hari lahir seorang penduduk di situ. Bentong Kali bersama seorang temannya datang ke rumah tersebut dan melepaskan tembakan hingga menyebabkan 4 orang maut dan 2 cedera parah selepas tembakan dilepaskan ke arah mereka. Selain itu juga, dia juga pernah membunuh seorang penjual roti canai yang hanya menegur si Bentong Kali nie kerana kencing di tepi rumahnya. Kesian kat penjual roti canai tue kan..tak pasal-pasal kena tembak. Pada 11 jun 1993 juga dia juga terlibat dengan pembunuhan seorang lelaki yang sedang menunggang motor di Jalan Klang Lama.

Bentong Kali bukan sahaja menyerang orang awam, dia juga dengan beraninya menyerang anggota polis. Ini terbukti apabila pada 27 jun 1993, dia yang sedang menaiki kereta dengan tiba-tiba sengaja mematikan lampu hadapan keretanya sebaik saja menghampiri 2 orang anggota polis yang sedang menunggang motor dan kemudian melanggar anggota polis tersebut. Mujurlah anggota polis yang dilanggar tidak maut, dan anggota polis terbabit sempat melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki Bentong Kali bersama orangnya..

Oleh kerana Bentong Kali semakin mengganas, ada penduduk yang tinggal dikawasan Taman itu yang sanggup berpindah rumah dan menangguhkan majlis keramaian mereka semata-mata takut dibunuh oleh Bentong Kali.Pihak polis melakukan operasi khas yang dinamakan "Ops Buncit" yang dibuat khas untuk menangkap Bentong Kali sama ada hidup atau pun mati. Kira-kira 200 anggota polis dari Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur terlibat dalam operasi khas ini. Serbuan demi serbuan dilakukan oleh pihak polis untuk menangkap penjenayah ini. Dan akhirnya pemburuan polis berakhir apabila Bentong Kali keluar juga dari tempat persembunyian kerana untuk menemui konconya di Jalan Klang Lama.

Polis mengekori Bentong Kali sehingga di sebuah rumah teres 2 tingkat di Medan Damansara pada 29 jun 1993. Sepasukan polis elit (UTK) dan pasukan pemusnah bom dikejarkan ke kawasan rumah tersebut. Pada subuh yang tenang itu, pasukan polis telah mengepung dan bersiap sedia untuk menangkap Bentong Kali. Pihak polis mengarahkan Bentong Kali menyerah diri, tetapi dia berdegil dan melepaskan tembakan ke arah polis. Mujurlah tiada anggota polis yang terkena dengan tembakan yang dilepaskan oleh Bentong Kali dan 2 orang kanannya. Polis membalas tembakan Bentong Kali, dan tembakan yang dilepaskan tepat mengenai kepala Bentong Kali dan  telah menamatkan riwayat penjenayah yang suatu ketika dulu pernah menelefon balai polis mencabar untuk berperang dengannya...

-TAMAT DAAAA...-

37 ulasan:

  1. yelah..ingat lagi zaman Bnetong Kali nih..hari2 berita mesti ada ulasan pasal jenayah yg dia buat.. Tak silap masa dia kena tembak tuh gurlfren dia pun ada kan?..

    BalasPadam
  2. Boleh x gua copy lu punya cerita untuk sama dikongsikan di blok gua? Kalau lu x kesah la.. Mungkin cerita2 ni boleh dijadikan pengajaran buat lebih ramai orang.. TQ bro.. Lu memang pandai olah cerita..

    BalasPadam
  3. To Finaz : hasil sumber yg Arm perolehi, masa Bentong Kali kena tembak mati tue, hanya ada 2 org anak buah dia masa tue..gf dia tak adalah...

    BalasPadam
  4. Boleh copy tp bg la kreadit sikit yer...

    BalasPadam
  5. LU jangan cabar orang india tau kita india dan cina daring tapi melayu mana ada. lu jangan kutuk pasal india tau.....

    BalasPadam
  6. To TEAM 08 : Gua bukan nak mengutuk mana2 bangsa, cuma ingin berkongsi sejarah yg berlaku kat dlm negara Malaysia..Di dalam blog nie pun byk kisah jenayah yg dilakukan oleh orang melayu....

    Kita harus belajar dari sejarah yg berlaku demi membaiki kesilapan kita masa lalu serta tak akan melakukan lagi kesilapan itu...

    BalasPadam
  7. boleh sy tahu mn dpt sumber utk story nie? ada suggestion x? sbb ingat nk carik maklumat lebih mendalam ttg bentong kali nie..

    BalasPadam
  8. appa itu gang 3 LINE??? gang itu banyak baik ke??? pegi buat keje dulu...

    BalasPadam
  9. TEAM 08: India ni pengecutlah... Suruh dia bagi no tel kat sini... Akupun India gak... Aku nak jumpa TEAM 08 ni... biasanya org yg rekrut tamby2 semua jadi gangster ni adalah Kongsi gelap cina...

    BalasPadam
  10. team 08: engko pun gangster ke? ini citer sejarah la.. takkan tu pun tak reti? suka tak suka, ia sejarah.

    BalasPadam
  11. tem08: apa guna daring kalau dah mati? yg masih hidup bole continue senyumla.... tak kesian sama famili ka?? lu pikir la sendiri. yg bunuh dan bakar 4 org baru2 ni tu sapa?? memang dasar menyusahkan orang aje!

    BalasPadam
  12. Salam buat semua pengunjung blog yg baca kisah Bentong kali..

    Sila bagi komen secara yg berhemah, jgnlah guna 'tanpa nama' jika ingin komen di sini..

    Arm harap sila sertakan sekali alamat emel korang semua jika mahu terus berkomen di sini..Jika masih berterusan begini, Arm tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan memadamkan saja komen korang kat dlm blog ini...

    Arm harap janganlah kita memperbesarkan hal ini. Arm cuma menulis kisah bentong kali nie agar kita mengetahui sejarah. Bukan pula untuk menghina mana2 bangsa...

    Arm harap sila jadi pengkomen yang mengikut akal fikiran bukan pula mengikut hati sebelum memberi komen di sini..

    Peace..

    Arm (Admin blog Arm Kamikaze)

    BalasPadam
  13. apelah..04 lah 08 lah 30 lah 36lah...xguna sume tu,aku pun bekas gak,byk cite ttg aku...tapi bila dah ada famili ni aku rasa baik aku cuci tgn,semua xguna dah,hidup sentiasa x tenang...gangster ni hanya kuat bila ade geng...insaflah...

    BalasPadam
  14. team 08: Apa yang diceritakan di sini aku rasa langsung tak sentuh perkauman,ini adalah cerita salah seoran penjenayah...dalam perspektif penjenayah takde bangsa atau agama,diorang ada satu term jer iaitu penjenayah....

    BalasPadam
  15. Benting kali adalah Don...

    BalasPadam
  16. ARM, Tatu kat tangan Bentong Kali tu 'Born to Die', bukan 'Born To Kill'. Please get your facts in line before you state your opinion about other people. I bukan support Bentong Kali tapi just want you to get your facts right.

    BalasPadam
  17. Legends Of Malaysia....

    -superstarjack-

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  19. just to share abit..Bentong Kali memangpun penjenayah, walaupun niat dia membunuh utk orang2 kampungnya, malah kegiatan membunuh ataupun mencederakan penciptaan tuhan yang maha mulia adalah salah. and to all you losers that come in here and say that indians are useless, tolonglah guna otak sikit. bukan semua orang india penjenayah tau..mmg la ada sejumlah yang bersikap kurang ajar, tapi ada juga yang baik. semua kaum ada penjahat juga. jgn main tuduh. and palingh penting jagan la dtg sini dan mencabar orang. tak masuk akal la. org duduk blakang komputer dan berlagak samseng padahal in real life u guys are just average college going faggots. everywhere i go i seem to see people saying keling bodoh or india paria. not all of us are like that. jadi tlg jangan berkelakuan kampung and be modern malaysians. this isnt times where we carry a keris around and wear sarungs. its 2011. act like it. stop being racists. if u would like to be a racist then stop being a hypocrite and stop using digi n maxis n celcom and u-mobile. because semua pemilik syarikat itu are indians and chinese. help eachother. stop putting other races down. kaqlau nak sambung kutuk, balik je lah kampung dan tanam sawah ke apa, jgn keluar kampung n dtg ke bandar modern .

    BalasPadam
  20. emak bentong kali ini, lagi tinggal se-taman dengan taman saya...

    BY the way, cerita ini dicuri daripada facbook tau..
    ini dia...

    http://www.facebook.com/notes/ada-sesiapa-yang-zaman-kanak-kanaknya-di-tahun-80an-awal-90an/32-bentong-kali-penjenayah-kejam-era-90-an/133673213311958

    BalasPadam
  21. boleh saya dapat gambar die....

    BalasPadam
  22. Sememangnya Jenayah membawa Padah

    BalasPadam
  23. hi kawan bukan na buli sama diya u fikir dulu u cekap nama u siya papun ta kenal tapi nama di satu melaysia kenal itula hiro

    BalasPadam
  24. sesapa yg senang, pi tengok kat penjara tu....rogol paling ramai Melayu, tu pun datuk rogol cucu, bapak rogol anak, abang rogol adik...mcm mcm....ragut Melayu, rompak Melayu,khalwat Melayu.....lepas dapat semua dari kerajaan...u semua sikit pun tak rasa malu ka???!..kalau org melayu kita nie suruh india balik negara india dan cina balik negara china, kurang2 dia org ada jugak negara mau balik....kita mau balik mana?????hang suma duk baca sejarah tak????....yg jumpa malaysia, Melaka, org Hindu.....parameswara....kita sua duk ckp negara kita...negara kita...kita melayu nie patut sedar sikit!

    BalasPadam
  25. Geng kat malaysia nie semua tak guna....naik motor...pek pok, pek pok....naik kereta paip bising ngan muzik kuat!.....wei!!!...DENGAR SINI SEMUA, KALAU NAK JADI GANGSTER, GANGSTER YANG BETUL!, CUBA ADA RM1juta DALAM BANK DULU...BARU JADI GANGSTER......MCM MAFIA DAN YAKUZA...DIA ORANG LER BETUL GANGSTER!...KALAU TAKDE DUIT, DUK KAT RUMAH MAIN PS3 JER LA......kat Malaysia nie, masuk gang RM10, bulan bulan adac collection...pastu kena tangkap.......ha ha....macam badut...ada hal, 10-20 org datang....tapi kalau dia org sorang, TAK BERANI PLAK!...3line ker, 4 line ker, 08,07,...mcm kod talipon negeri....cari duit dulu bodoh!....baru jadi gangster!

    BalasPadam
  26. Ada kawan polis kata Bentong Kali masih HIDUP ! Kematiannya digimmickkan. Perkara yang sama akan juga berlaku kepada dua polis yang dihukum gantung kerana 'bunuh' Altantuya.

    BalasPadam
  27. HALLO..
    Mula2 nak caKap dulu..
    Saya nie pon india jugak..
    Kepada yg ckp ARM nie ckp buruk pasal india nie semua cuba la ingat sikit pasal nenek2 datok2 kau orang semua..
    x ke dia org tu rasa takut bila si bentong kali buat hal2 nie semua..
    kalau la nenek2 datok2 kau org nie semua dah kena bunuh oleh kali nie..
    blh ke mak bapak kau nie lahir..
    malah pon KAU ORG blh ke daa lahir..
    aduhai...
    pikir la oii...
    ]

    BalasPadam
  28. sejarah mungkin berulang,melayu punye stail biar kasi dia naik lemak dulu...diaorg x merase lagi mcm kisah 13 mei,parang terbang,kasi tembak same melayu kalau bole tembus,standby je....

    BalasPadam
  29. saya cabar pdrm malaysia kalau boleh tangkap pembunuh alttutuyah,,,,, pasal najib celaka semua orang tahu tapi pasal pdrm makan duit takut politick ,,,,,,,,,,,, melayu gampang mati bn kali ini

    BalasPadam
  30. bentong kali is king 04..

    BalasPadam
  31. hidup di malaysia janganlah hidup gangster , fikir sikit masa depan anak anak kita ,,,,, so try to be peace ,,,,, aman damai sejahtera,,,,

    BalasPadam
  32. kite hidop sebagai rakyat malaysia kenalah hidop aman dan makmor...satu malaysia..tak kire kaum ape pon..kite satu rakayat malaysia..hidop dgn warna warni..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..