Best Story

26 Mac 2010

Bukalah Hati Untuk-Nya...


Assalammualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah lagi Arm dan korang semua meneruskan kehidupan di dunia pinjaman Allah SWT kepada kita semua nie. Sampai masa dan ketikanya, dunia yang dipinjamkan kepada kita ini akan ditarik kembali oleh Allah dengan cara Nya yang tersendiri, bukan seperti lagak si penarik kereta yang ingin menarik kereta yang sudah melebihi 3 bulan tak dibayar ansurannya...

Baiklah, kita semua pasti ingin bahagia, aman dan damai dalam menjalani kehidupan seharian kita di dunia ini. Sehinggakan pelbagai cara dan usaha yang telah kita lakukan untuk mencapainya. Tetapi adakah kita sedar bahawa untuk mencapai kebahagian dan ketenangan ini sebenarnya hanya ada  pada kuasa Allah SWT. Bukan di tangan bos kat tempat kerja korang atau pun pada kuasa wang ringgit yang menyebabkan ada segelintir manusia yang hilang kawalan diri, sanggup melakukan perkara yang salah untuk mendapatkan wang ringgit seperti merompak, melacur dan sebagainya. Ingatlah wahai sahabat ku sekalian, 'tujuan tidak menghalalkan cara'...

Arm ingin bertanya kat korang semua, korang semua sedar tak yang Allah SWT itu adalah Maha Pengasih (ar-Rahman) dan juga Maha Penyayang (ar-Rahim)? Sekiranya korang tak lagi menyedari tentang sifat Allah yang paling asas ini, Arm rasa betapa rugi dan sia-sianya kehidupan korang selama hidup di dunia nie. Allah SWT itu Maha Pengasih yang mana setiap masa mengasihani semua makhluk ciptaanNya, tidak kiralah manusia, haiwan dan seangkatan dengannya dengan tanpa pilih kasih. Cukup korang tengok nikmat oksigen yang diberikan Oleh Allah kepada semua manusia, semua manusia dapat oksigenkan selagi hidup kat dunia nie... ada tak atau pun korang dengar penduduk negeri Selangor nie tak ada oksigen sebab Allah SWT tak berikan..Ada tak? Kalau ada, pasti Arm dah tak dapat tulis entry nie kerana dah mati tak dapat nak bernafas....

Dari contoh yang Arm berikan di atas, dapatlah kita ketahui bahawa Allah SWT sentiasa memberikan kita yang terbaik dan sentiasa memberikan kita semua kasih sayang Nya dan juga cahaya Nya kepada kita semua agar kita dapat hidup dengan bahagia di dunia ini. Tetapi masih ada yang merasakan kasih dan sayang yang diberikan oleh Allah SWT ini masih tidak dapat memberikan kebahagiaan buat hidupnya. Wahai sahabat Arm sekalian, jika kalian masih lagi tidak berasa bahagia, kemungkinan besar hati korang yang mempunyai masalah kerana tidak dapat menerima cahaya yang diberikan oleh Allah SWT itu sendiri. Tiada kesilapan dari Allah SWT, kerana Dia adalah Maha Sempurna...

Berkaitan soal hati nie, bukan soal cinta yah...Korang boleh korek kat sini entry Arm sebelum ini bertajuk Cermin Ibarat Hati. Banyak perkara yang boleh menyebabkan hati kita nie menjadi kotor dan rosak. Yang mana setiap perlakuan kita yang buruk atau pun yang jelek menuju ke arah kemungkaran, pasti akan menggelapkan hati dan seterusnya akan menutup pintu hati untuk menerima cahaya yang dari Ilahi. Jika selama nie, kita selalu saja bersifat negatif seperti suka marah, iri hati, sombong, bongkak, suka dengki kat orang, dendam dan selalu mintak dipuji...Nah, Arm harap korang akan muhasabahlah diri korang dan cubalah buang sifat-sifat negatif ini, kerana inilah yang akan merosakkan hati korang semua...

Selain cuba berusaha untuk membuang sifat buruk ini menjauhi diri kita, satu lagi cara yang paling terbaik adalah mengiringi apa sahaja yang kita usahakan itu dengan berdoa kepada Allah SWT. Semasa berdoa, janganlah terburu-buru untuk melihat hasil permohonan kita langsung saja dikabulkan oleh Allah SWT. Perlu diingat janganlah kita berdoa hanya dibibir sahaja tetapi biarlah doa kita itu betul-betul hadir dari dalam hati kita dengan penuh keikhlasan kepada Allah SWT semata-mata. Bukan berblog saja kena ikhlas, ingat tue kawan-kawan semua...

wassalam dan selamat beramal...

5 ulasan:

  1. dlm byk2 hal dlm hidup, pling tenang bile aku ngadu kat Allah

    ;)

    seyes .. ms tu rs hina gila sbg hamba

    BalasPadam
  2. To jane : sesungguhnya hanya Allah SWT sajalah yg dpt memberikan kita kebahagian yg abadi ....

    BalasPadam
  3. Ingatlah Allah... dengan mengingatnya hati akan menjadi tenang...

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    BalasPadam
  4. To Adry : Jika kita sentiasa ingat kat Allah SWT pasti kita akan bahagia stp masa...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..