Best Story

8 Mac 2010

Ketua Geng Sawit United Mati!!!


Setelah setahun lebih menjadi buruan pihak polis, akhirnya ketua Geng Sawit United dan 2 orang anak buahnya mati ditembak oelh pihak polis di ladang kelapa sawit Serting Hilir dekat Bandar Seri Jempol, Jempol malam kelmarin...Kenapa buruk benar nama geng nie? Macam dah tak ada nama lain pulak nak diguna, gunalah nama geng rambutan ker, durian ker tak pun gunalah nama buah-buah tempatan, kan elok sikit...

Sebenarnya nama geng Sawit United nie polis yang bagi kat kumpulan penyamun nie...Nie kerana kumpulan nie akan berkumpul di dalam ladang kelapa sawit terlebih dahulu sebelum melakukan operasi jahatnya...Kumpulan nie dipercayai telah terlibat 13 hingga 35 kes samun, pecah rumah dan merogol mangsa samun di 4 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor...(Memang kejam macam siot)

Dalam kejadian tembakan nie pihak polis terpaksa melepaskan kira-kira 8 das tembakan untuk membunuh 3 orang penyamun nie...Sebelum drama tembakan  nie berlaku, 6  orang anggota polis yang terbabit dalam usaha untuk menjejaki kumpulan penjenayah nie terserempak dengan 3 orang penjenayah nie yang sedang menaiki motor, lalu mereka kejar sehingga ke tangki air. Ketiga-tiga penjenayah nie yang sudah terkepung dan tidak dapat melarikan diri, cuba menyerang anggota polis terbabit dengan senjata tajam yang mereka bawa...

Anggota polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri mereka dari menjadi mangsa kepada penjenayah nie...Dipercayai juga geng Sawit United nie jugak terlibat dengan satu kes rogol dan liwat mangsa samun di Johor...Saki-baki malaun nie yang masih bebas akan terus menjadi buruan pihak polis. Nie penjenayah nie orang tempatan ker atau pendatang asing belum lagi dapat dipastikan kerana tiada kad pengenalan diri ditemui... Ah, pedulikan itu semua, yang penting penjenayah nie tidak akan membahayakan rakyat Malaysia lagi...

12 ulasan:

  1. geng sawit.. ini 1st time saya dengar geng ini.. sebelum ini saya tau geng bas sekolah je.. (^_^)

    BalasPadam
  2. bhaye geng ne...
    tmpas gak akhitnya...

    BalasPadam
  3. uuuii ganaz nya geng sawit ni... huhu

    BalasPadam
  4. Sepandai-pandai tupai melompat...
    biar padan muka kena tembak dgn polis.Org mcm ni klu hidup akan terus menyusahkan ramai orang.Tahniah buat polis malaysia yang cekap.

    BalasPadam
  5. To Hafiz Mohd : hahaha..lawak siot..

    BalasPadam
  6. Ingatkan geng ala2 fans Man U gitu.. huh tumpas jugak mereka nie... !!!!

    BalasPadam
  7. Nama dah macam team bola. Ni kalau main bola kat padang, mesti selit tukul besi kat getah seluar.

    Bahaya juga. Penjenayah bersenjata. Tumpas juga.

    BalasPadam
  8. To Zikr the Jalanan Sepi Perantau : Hahaha..tak adalah fan MU..dorg nie suka lepak kat ladang kelapa sawit sebelum melakukan jenayah..

    To Nescafe Ais : Bro, bukan setakat tukul besi jak..siap bawa pistol lg..hehehe..

    BalasPadam
  9. Cute je nama geng ni..
    haha..
    akhirnya tumpas jgk..
    tupai dh kene tembak..hehe. =)

    BalasPadam
  10. To luZ a.k.a peRmataPuTiH : Syukur kpd Allah tumpasnya salah satu geng penjenayah yg di kehendaki..

    BalasPadam
  11. To Fra Ruslan : Kena tembak dan mengelepar sebelum mati..

    BalasPadam
  12. menyeramkan r geng ni...
    tp nme geng ny comei jewp...
    huhuhu...
    benti2 la wt dose 2...
    huahuahua....

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..