Best Story

6 April 2010

Benjy Belajar Buat Dadah Dari Internet...


Assalamualaikum w.b.t

Amacam korang semua, Arm harap korang sudah makanlah yer. Arm baru saja menyantap santapan buat malam ini, lauk biasa-biasa saja. Tak ada yang istimewa, yang penting perut Arm tak berkeroncong dan tak rasa lapar. Itulah yang paling pentingkan? Malam ini, Arm bukan hendak cerita apa lauk dan pauk yang Arm makan malam ini. Tetapi sebuah cerita yang masih lagi hangat diperkatakan oleh masyarakat Malaysia berkaitan hal si Benjy nie... 

Arm pasti, yang korang semua sudah mengetahui kisah si Benjy yang mana tak sampai pun 10 minit di dibebaskan mahkamah dengan jaminan, dia ditangkap semula oleh polis di pintu mahkamah di bawah akta LLPK. Apa itu LLPK? LLPK tue ialah 'lari-lari polis kejar' Hahaha...Bukanlah, Arm nie bagi ajaran sesat pulak dah. Kalau korang nak tahu, LLPK itu ialah 'Langkah-Langkah Pencegahan Khas'. Mana-mana orang yang ditahan di bawah akta nie, dia boleh ditahan selama 60 hari untuk tujuan siasatan...

Setelah pihak polis sedaya upaya menyiasat si Benjy nie, rupa-rupanya kalau korang nak tahulah si Benjy nie telah belajar memproses dadah bukannya dari mafia dadah kat itali atau kat raja dadah di Mexico. Dia hanya belajar membuat dadah nie dari internet saja. Iyalah, internet nie dunia tanpa sempadankan. Hanya dengan sekali klik saja, beribu fakta dan maklumat berkaitan dadah akan diperoleh melalui internet. 

Semasa si Benjy dibawa ke makmal dadahnya di kondominiumnya, Benjy turut menunjukkan sebuah 'buku resepi' dadah yang di 'printnya' dari internet dan juga 'thumbdrive' yang mengandungi maklumat berkaitan dadah yang dimuat turun dari internet juga. Si Benjy nie Arm tengok seorang yang bijak, tetapi sayang kebijaksanaannya itu disalah gunakan oleh dirinya sendiri...

Sayangkan, si Benjy nie. Dia Arm tengoklah mempunyai kepakaran untuk membuat kajian ke atas dadah tue. Cubalah dia cuba buat kajian untuk mencari ubat atau penawar untuk mengubat ketagihan kepada dadah tue. Lagi banyak faedahnya, tak kah jutawan tue...Jutawan halal yer. Arm harap si Benjy nie sedarlah akan kesilapannya, dan jika dia mempunyai peluang...Arm harap dia akan jadi manusia yang berguna walaupun bukan kepada manusia, tetapi berguna kepada benda hidup yang ada muka bumi nie...  



 

12 ulasan:

  1. kat internet ni macam2x ade..huhu..


    http://belogbagus.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. hahhahah.. lari lari polis kejar ye! nyaris2 saya pecaya.. hahahaha :D

    well, matlamat tak menghalalkan cara. kalau dia wat research cari penawar utk penyakit kanser atau HIV kan ke bagus. glemer lagi. cuma makan masa lama sikit la dr nak mix-mix syabu or kokain or heroin tu. :)

    BalasPadam
  3. if people know drugs are bad.. why do drugs.. for the money i guess? =/

    BalasPadam
  4. To shafiq08 : Mmglah mcm2 ada, yg penting kita kena pandai membezakan mana baik dan buruk..tue yg penting betul tak...

    BalasPadam
  5. To ~ yus ~ : Hahaha..sikit lag ko percaya ah...betul bro matlamat tak menghalalkan cara langsung pun...fikirlah sebelum bertindak...

    BalasPadam
  6. secara tak langsung dia ngaku bersalah lah ye? Byk ke dadah yg ada kat dia masa tu? Kesian mak dia..mesti sedih sangat..

    BalasPadam
  7. To Finaz : dah mengakulah dia..sbb dia sendiri yg tunjuk kat mana barang2 dan alat yang tersimpan di dlm makmal tue...

    Yang kesian kat mak dialah....sedih sgt

    BalasPadam
  8. dahsyat la.. otak geliga cuma belajar dr internet dh bleh wat dadah..
    tp kecerdikan di salah gunakan.
    =.=

    BalasPadam
  9. To Fyra Ruslan : sygkan..kebijaksanaan di salah gunakan..

    BalasPadam
  10. Salam... kalau begitu, sah yang dia bersalah ya?

    * kesian ibunya *

    BalasPadam
  11. Slm..betul.,kesian mak die,die pn kene kesian jgak..xde manusia yg waras nk jd xelok dimata masyarakat..klau sume org nk diri dia dmuliakn..waima,ulamak skalipn.,tp bkn dmata masyarakat tp bagaimana agaknye nilai diri kt dsisi Allah RobbulJalil..bg ondangan sy,mcm 2 jgaklh yg bro Benji ni maukn..kt harus brsangka baek..sy ingtkn diri sy jugak..lg satu,sy nk kongsi kt cni.,samaade kt kene tngkp.,masuk pnjara ke,hakikat sbenarnye xde beza.,makah kdangkala yg dipenjara itu lebih lg dimuluakn Allah sebab trhindar die dlm tempoh trtentu dr segala mcm kemaksiatan,mara bahaya yg xtrduga dn pelbagai lg yg manusia dluar pnjara tewas sama skali utk mnghindari..dn yg masih blum dpenjara tp tetap brgelumang dgn dosa yg hnya kt dn Allah yg mngetahui bagaimane,mcmane dn pelbagai persoaln yg tiada jawapn..jd berhati2 kt dlm mnilai sesama kite...Wallahu Aklam..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..