Salam dari Arm...
Apa khabar korang semua? Arm harap korang semua sihat-sihatlah semuanya. Kalau ada yang tak sihat tue cepat-cepatlah pergi klinik, maklum sajalah sekarang nie, H1N1 lah denggilah. So, sentiasalah jaga kesihatan korang tue...
Dalam kehidupan kita nie, selagi nyawa masih dikandung badan, selagi mata kita belum lagi tertutup buat selamanya, pasti kita akan menempuhi pelbagai dugaan dan cubaan dari pelbagai sudut. Dugaan dan cubaan nie kadangkala boleh dalam bentuk kesusahan dan kesenangan...
Salah satu penawar atau pun ubat yang Arm nak bagi buat korang semua untuk menghadapi kepada dugaan dan cubaan kehidupan nie adalah sifat sabar.Walau pun dugaan yang kita hadapi tue sangat berat, sentiasalah bersabar, kerana sabar itu adalah separuh dari iman...
Jika kita sentiasa bersabar di atas dugaan hidup ini, pasti jiwa kita akan sentiasa tenang dan tabah. Ketenangan tue pula amat penting untuk mencari jalan untuk menghadapi cabaran itu. Ganjaran bagi kesabaran tue pula adalah kejayaan yang pasti akan membuat kita gembira dan akan membuat kita tersenyum...
Pesanan Arm pada hari jumaat yang mulia nie, bersabarlah dalam menghadapi dugaan kehidupan ini, kerana akan muncul sinar disebalik kesabaran itu...
ujian adaalh sebahagian dari hidup
BalasPadamjom muhasabah cinta pulak kat saljuhumairah
redha ILAHI buat jalan kita mudah...insyaAllah
BalasPadampatience is virtue =)
BalasPadamLUKISAN PENA : Stp manusia yg hidup tak akan terlepas dari dugaan dan ujian..sentiasalah bersabar..
BalasPadamTo E.d.Y : sentiasalah mencari redha Allah selagi masih berpeluang mencarinya...
BalasPadamya, apa yang boleh kita lakukan ialah tabah menghadapi dugaan dan jgn sesekali lupa pada sang pencipta.
BalasPadamlagu time susah hati aku suka dengar adalah dewa- hadapi dengan senyuman..
BalasPadambetul la tu..kalau x sabar, hati jadi kacau bilau cam saya la ni.
BalasPadamKyuubi_85 : Betul...Kita jika ada dugaan yg besar kenalah byk minta bantuan pada yang maha kuasa..
BalasPadamTo Solehah : Janganlah begitu..sabar itu separuh dari iman. Jika jiwa menjadi kacau bilau, pelbagailah pulak masalah akan dtg..
BalasPadamBetul. Kalau rasa susah nk sabar jugak try doa minta petunjuk. =)
BalasPadampenat la asyik nak kena sabar je :(
BalasPadamesp kalau berdepan dengan masalah sesama manusia ni..susah.. =.=
Hidup umpama roda, sekejap di atas, sekejap di bawah.
BalasPadamjangan roda tu berenti terus time kat bawah sudah =p
dugaan ni sp bila.................sp bila kita nak bersabar.
BalasPadam