Best Story

21 April 2010

Mat Rempit Amuk Kalah Main Bola!!!

Melampau-lampau lah stail brader seekor nie...
Dari google bah nie..


Salam dari Arm....


Adui yai, brader kat atas nie, kalau malas sangat nak bawa motor tue tak payahlah. Bikin sakit badan jer kalau terbabas. Ah pedulikanlah brader tue. Pada petang nie Arm nak story sikit kat korang semua pasal mat rempit yang mengganas kat Jitra, Kedah...Ganas?! Betulkah dorang nie ganas, marilah kita tengok tahap mana keganasan dorang tue...


Arm pun tak pahamlah dengan sikap segelintir manusia yang ada kat negara kita nie. Macam tak suka sangat hidup dengan aman dan harmoni sesama manusia. Nak kata bangang, tak juga sebab masing-masing ada otak yang diberikan oleh Allah. Nie pasal kalah bola sepak pun siap nak serang-serang orang apa kes...


Yang lebih mengelikan tangan Arm nak bagi penampar seekor-seekor kat mat rempit tue adalah, nie bukanlah lawan bola piala duniakah, atau apakah. Sekadar lawan bola antara sekolah-sekolah saja. Nama-nama sekolah tue tak payahlah Arm nak kasi kat dalam blog nie, kalau nak tahu sekolah apa yang terlibat, korang tengoklah kat sini...


Ceritanya begini, masa pasukan sekolah yang menang tue nak balik. Bas yang dorang naiki telah diekori oleh lebih kurang 40 mat rempit yang bermotosikal. Mana ada mat rempit naik basikallah. Lepas tue masa bas tue berhenti kat satu lampu isyarat, mat rempit yang terdiri dari remaja nie mengepung bas nie. 


Lepas tue apa dorang buat? Apa lagi, dorang kasi baling bas tue dengan batu dan kayu. Nasib baik tak ada sesiapa yang cedera kat dalam bas tue. Selain membaling bas tue sehingga ada cermin bas yang pecah. Mat rempit nie semua menjerit macam orang kena sampuk. Memaki dan mencarut pasukan yang menang dalam bas tue....


Apalah nak jadi nie, tak ada semangat kesukanan langsung. Bersukan tue untuk menyihatkan badan dan eratkan silaturrahim, bukan pula untuk bergaduh. Belajarlah terima kekalahan dan kenyataan, menang dan kalah tue memang adat permainan. Kalau pasukan kita kalah, berlatihlah lagi sehingga berjaya. Jangan buat macam nie remaja sekalian, kemana perginya budaya Malaysia yang berbudi pekerti tue? Apa-apa pun majulah sukan...Untuk Malaysia!!!


 

16 ulasan:

  1. Budak-budak ni ada harapan jadi football hooligan macam dekat England nun.
    Sekarang gua sudah folo rapat lu punya blog.

    BalasPadam
  2. To Sylarius : haha...mungkin jgk bro..kena hantar dorang kat England lah cam nie..

    BalasPadam
  3. ape lah masalah mat2 rempit tuh..cacat dowh..haih~

    BalasPadam
  4. To Aisyah : entahlah...malaslah Arm nak cakapkan lagi...

    BalasPadam
  5. hadoi..........
    maner la otak bebudak zaman sekarang nih......
    ape paedahnyer wat cam tuh?????????
    tensen aku.........

    BalasPadam
  6. Takde semangat kesukanan diorang tu. Bukan ke dah adat bermain, ader yang menang & ader yang kalah. yang kalah tu buat ler post mortem, jgn nak mengamuk tak tentu hala...

    BalasPadam
  7. kalau rempit pakai basikal, senang sikit, kurang sikit kadar kemalangan melibatkan org lain..huhu

    BalasPadam
  8. to TeRRoRRiZZ : Mana da paedahnya pun..dorg nie berani ramai je tue..

    Cuba sorang2...batang masuk dalam tue..

    BalasPadam
  9. To Syue Mustafa : dorg nie tak ada semangat kesukanan langsung..tue lah sukan kat Malaysia nie sukar nak maju...mcm2 jer masalah..sukan sekolah pun boleh gaduh2 dah..

    BalasPadam
  10. To unlisted_one : Haha..betul2 gua sokong sgt..

    BalasPadam
  11. orang macam tu jenis tak boleh terima kekalahan
    tah pape je..

    BalasPadam
  12. to mokteh : Kalau dah tak boleh belajar menerima kekalahan..baik tak payah bertandinglah kan..sebab menang atau kalah adalah adat permainan...

    BalasPadam
  13. Salam bro, kalau ye pun jangan sampai merosakkan diri dan nyawa......... berpada-padalah...

    Terima kasih melawat ke blog kawan....

    BalasPadam
  14. diorang ni kena masuk kelas moral balik agaknya...moral budak2 skrg ntah apa2...

    BalasPadam
  15. To YANG GAMBI : Betul tue...tak payahlah nak pecah2 kan bas dan nak buat rusuhan semata-mata benda kecil..

    BalasPadam
  16. To ron : Bukan kelas moral lagi nie...septutnya masukkan dorang balik kat tadika...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..