Best Story

8 April 2010

Isteri disimbah Asid kerana enggan hubungan seks...

Saja jer letak gambar nie pon...

Salam guys...

Sememangnya tujuan manusia berkahwin adalah semata-mata untuk berkasih sayang diantara satu sama lain dan juga untuk mendapatkan ketenangan. Selain tue, sudah semestinya pasangan yang kita pilih untuk menjadi pasangan hidup semati tue, sudah tentu pilihan orang tua kita kan? Hahaha...Tak kisahlah itu semua, sama ada pilihan orang tua atau pilihan hati sendiri, yang penting kita mesti mencintai dan menyayangi pasangan kita kerana dia adalah jodoh kita...

Sedangkan kucing pandai berkasih sayang...

Kita dilarang keras oleh Allah SWT untuk menyakiti pasangan kita tak kiralah dari segi fizikal dan mental. Si suami sepatutnya bertanggungjawab untuk memberi kebahagiaan dan melindungi isterinya. Bukanlah pula isteri tue dijadikan 'punch beg' yang pabila ada masalah, isteri pula menjadi tempat untuk suami melepaskan geram dengan menumbuk dan sepak ala-ala kung fu Wong Fei Hong gitu...

Tetapi sekali lagi Arm memaparkan lagi entry yang sedih buat hari nie, tadi entry bapa mertua maut ditumbuk menantu, kali nie pula kisah si isteri malang disimbah asid oleh si suaminya sendiri akibat enggan buat hubungan seks dengan suaminya. Apalah bodoh punya suami, kalau geram tak dapat kerana isteri enggan bagi, janganlah sampai nak main-main asid tue. Dah bagus-bagus muka isteri tue, tak pasal-pasal hancur muka isteri akibat disimbah asid.



Mungkin isteri tue ada sebab tak nak bagi, mungkin dia sakit atau terlalu letih kot. Atau pun juga boleh jadi si suaminya tak ngam cara dan teknik memintanya. Kesian kat isteri, nie pun kejadian kat Kuantan nie. Peristiwa nie berlaku awal pagi semalam. Menurut mangsa, si suaminya nie seorang kaki judi, semalam lebih kurang jam 2.00 pagi selepas suaminya balik dari berjudi. Suaminya mengejutkan mangsa yang sedang tidur, semata-mata untuk berasmara, tetapi mangsa enggan bagi sebab terlalu mengantuk katanya...

Tiba-tiba si suami terus menyimbah asid ke muka isterinya, kerana dia terlalu berang kerana tak dapat apa yang dihajatinya. Apalah punya jenis suami, kejam sangat woo..Pasal benda sebegini saja pun dah nak simbah-simbah asid. Ada akal dikurniakan Allah tak diguna sebaiknya, tetapi sebaliknya nafsu dan bisikan syaitan juga dituruti...




12 ulasan:

  1. owh..kejam betul suami dia tu, dh ler pi berjudi..balik2 minta ehem2 pulak. hiks...x fhm betul keadaan isteri time tu

    simpati dgn nasib si isteri punya laki mcm tu. aduhai dunia...kesianlah pulak sampai kena simbah asid

    BalasPadam
  2. salah approach ler tuh..mesti tak pandai menggoda bini tu sebab kena reject(hehehe sori statement melampau..) Kesian kat isteri dia..moga cepat sembuh dan banyak bersabar..

    BalasPadam
  3. Salam... Patutnya ada undanga2 yang membolehkan disimbah balik asid tu kat muka dia! Biar dirasa camna...

    BalasPadam
  4. isk2.suami baran..ksiannya kt isteri tuu..

    BalasPadam
  5. Salam..Kalau selalu buat benda haram, mana mampu berfikir dgn waras..malang sungguh wanita2 yg memiliki suami seperti ini..

    BalasPadam
  6. Salam..kalau selalu buat benda haram, mana mampu berfikir dgn waras, malang sungguh wanita2 yg mempunyai suami seperti ini..

    BalasPadam
  7. bener bnget tu kita haRus sLing saYang menyaYangi...

    BalasPadam
  8. To umi_e : Salam kak, Arm pun setuju gak...sepatutnya si suami di balas balik disimbah asid ke mukanya tue...biar dia rasa kesakitan isterinya..Tetapi Allah tue maha adil, Dia pasti akan memberikan balasannya...

    BalasPadam
  9. To Finaz : Suami mangsa nie tak pndai menggoda isteri...Pastu nak mengamuk pula tak dapat...

    BalasPadam
  10. To ida: Arm pun kesian kat mangsa tue..kejam betullah suaminya...

    BalasPadam
  11. huh...bodoh dan gilanya lelaki tu..sewel

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..