Best Story

8 April 2010

Bapa mertua Maut Ditumbuk Anak Menantu...


Ada berann kah???


Salam semua,

Aduh bengang betullah Arm hari nie, kenapa Arm bengang tak perlulah rasanya Arm luahkan kat blog nie. Nanti blog nie akan menjadi blog yang bengong. Sambil Arm minum-minum petang nie, Arm nak cerita kat korang semua pasal penumbuk maut!!

Apa ke bendanya penumbuk maut tue? Arm biarkan korang sendiri dengan persoalan tersebut. Korang carilah jawapannya sendiri ha...Terlanjur Arm tertaip pasal penumbuk maut nie, Arm ada sebuah kisah yang menyayat hati nak dikongsikan kat korang semua...

Peristiwa sedih nie telah berlaku kat Shah alam, di mana seorang lelaki telah menumbuk bapa mertuanya sendiri sehingga pengsan. Apabila bapa mertuanya ini di bawa ke hospital, dia meninggal dunia. Apa pasal dorang nie bertumbuk pula...

Sebelum tue, mangsa bersama isterinya telah datang ke rumah menantunya ini untuk berjumpa dengan anak yang sangat mereka rindui. Apa tidaknya, dah setahun dorang tak berjumpa selepas anaknya itu berkahwin. Tetapi malangnya menantu mangsa tidak membenarkan isterinya berjumpa dengan ibu dan juga bapanya...

Hai, apalah kejam punya menantu, ini bukan menantu nie... Ini anak hantu nie. Kerana menantunya tidak membenarkan isterinya berjumpa dengan bapanya, mengamuklah mangsa dan berlakulah pergaduhan di antara bapa mertua dan juga menantunya nie...

Arm rasa kesian pula kat mangsa nie, iyalah mungkin memang ada perselisihan diantara menantu dan juga mangsa sejak sebelum berkahwin lagi. Tetapi tak patutlah dia tak membenarkan bapa mertuanya untuk berjumpa dengan anaknya sendiri. Dan tak patut juga dia memukul bapa mertuanya itu sehingga pengsan dan menemui ajal....

Apa-apa pun Arm sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yang meninggal dunia...

6 ulasan:

  1. hu, tu mmg anak hantu... bukan menantu.. bertimbg rase la.. klw betol skalipon die ade problem ngn bapak mentua die, x kn la sampai x bg bini die jumpe bapak sndri. huh, gaye mcm org x pernah ade mak ayah plak.. huhu.. stahun plak tu.. klw aku la.. x jumpe mak ayah 2 bulan pon da rse rindu sgt2 da.. huhu.. x de ati perot tol la mamat tuh.. huh .

    BalasPadam
  2. Inalillah..
    ragam manusia sekrang smakin dekat dgn binatang.

    BalasPadam
  3. To sipisenan : Itulah pasal...sepatutnya kita mesti menghormati orang tua...bukan sebaliknya...

    BalasPadam
  4. To Eqah Zaque Billetdoux : Haiwan jadi hairan kenapa manusia nak sgt jadi haiwan...

    BalasPadam
  5. isteri dia macam mana agaknya ya? Yelah..ayah dah meninggal ditangan suami lak tu...very complicated situation..

    BalasPadam
  6. To Finaz : Isteri dia pasti sgt bersedih..nak maju salah, nak mundur pun salah...harap2 dia dpt mengambil keputusan yg bijak...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..