Best Story

17 April 2010

Lelaki Terlibat Kemalangan Mati dibunuh....



Assalamualaikum dam Salam sejahtera...


Di hari sabtu sebegini Arm pasti pelbagai aktiviti yang telah korang aturkan untuk bersama keluarga, buah hati dan juga kawan-kawan korang. Tetapi tak kurang juga yang sekadar berehat kat rumah sambil makan keropok lekor yang dibeli kat kedai Makcik Kiah...
Kepada yang bercadang untuk pergi ke mana-mana sentiasalah berhati-hati semasa memandu kereta atau pun motor. Jangan jadi macam kes kat Nibong Tebal nie. Tak pasal-pasal hanya kerana accident kecil saja menyebabkan nyawa melayang. Matinya pula bukan kerana accident tue, mati kerana kena pukul pulak tue. Ish..ish...ish...


Ceritanya begini, pada mulanya kereta mangsa telah berlanggar dengan sebuah kereta yang dipandu oleh suspek yang dipercayai membunuhnya. Selepas kereta mereka berlanggar, suspek arah si mangsa keluar dari keretanya tetapi mangsa enggan dan turut menunjukkan isyarat tangan F_ _ K Y_o!! kepada suspek dan terus melarikan dirinya...


Suspek yang tidak berpuas hati terus mengejar mangsa sehingga hampir 15 KM adegan kejar-mengejar diantara mereka berdua yang bengong nie. Kerana terlalu laju, kereta mangsa telah terbabas di Jalan Sungai Bakap. Lalu terjadilah pergaduhan diantara dua lelaki berbangsa cina nie. Suspek yang sedang mabuk kerana baru minum teh cina..hehe. Mana ada orang mabuk minum teh cina, mabuk kerana minum araklah korang nie. Suspek telah menghentak kepala mangsa dengan seketul batu-bata....


Hentakan yang kuat itu menyebabkan mangsa mati ditempat kejadian. Apabila polis sampai di tempat kejadian, suspek telah melarikan diri, tetapi nombor plat kereta suspek yang tertanggal berada tak jauh dari situ. Lalu polis meminta bantuan JPJ untuk mendapatkan alamat dan nombor telefon suspek. Suspek telah ditelefon oleh polis dan diarahkan menyerahkan dirinya...


Suspek akhirnya akur dan menyerah diri di balai polis. Itulah dia, bagus-bagus hanya kemalangan kecil yang tidak melibatkan nyawa sesiapa, akhirnya menyebabkan nyawa melayang juga dek kerana sikap manusia itu sendiri yang tidak bertindak mengikut kewarasan akal fikiran. Dan inilah juga bahayanya manusia di bawah pengaruh alkohol. Pesanan Arm kat korang semua jauhilah  arak untuk kesihatan dan kesejahteraan diri. Apa daaa, macam iklan kementerian kesihatan daaa...hahaha...

 

8 ulasan:

  1. gini ceritenye, aq ade gak bace kat paper, ish2x....

    BalasPadam
  2. ish2 dasatnya, kita jadikan iktibar atas apa yang berlaku

    BalasPadam
  3. to afiqaqila : Mmg dahsyat woo...

    BalasPadam
  4. To orked : Mmg beginilah ceritanya...ambilah pengajaran dari kisah nie...hati2 kat jln raya...

    BalasPadam
  5. Yang kecil jadi besar, hancurlah kehidupan. Sebabnya, arak. aduh~

    BalasPadam
  6. To Ismail Noh : Itulah arak diharamkan dlm Islam, krn banyak mudarat air kencing setan nie...

    BalasPadam
  7. laaa...psl benda kecik terus jd kes polis..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..