Best Story

14 April 2010

Penyamun Pun Macam James Bond...

  
Gambar Hiasan dari Google..

Salam dari Arm...


Sekarang nie penyamun kat Malaysia nie bukan saja semakin berani dan kejam. Malahan Arm boleh katakan yang dorang nie semakin mengikut kemajuan zaman. Kenapa pulak Arm cakap macam nie, apa tidaknya dorang nie (penyamunlah) dah menggunakan bermacam-macam alatan dan perkakas dalam kegiatan serta aktiviti jenayah nie. Dah macam James Bond pun ada jugak nie...


Risaulah kan macam nie, Arm harap korang pun mestilah sentiasa peka dengan hal-hal sebegini. Kadang-kadang ada jugalah insan-insan bertuah yang memperlekehkan dan mentertawakan Arm membuat entry berkaitan hal-hal jenayah nie. Sebenarnya niat Arm ikhlas untuk menyampaikan maklumat nie  kat blog Kamikaze nie. Tak kiralah informasi tue Arm baca kat news paper atau pun maklumat yang Arm perolehi sendiri...


Yang penting bagi Arm ialah dapat membantu orang lain yang mungkin mendambakan maklumat seperti nie. Arm nak sharing benda-benda macam berkaitan blog nie tak pandai sangat. Nak cerita tentang kehidupan Arm, kehidupan bukan best sangat pun nak di sharingkan. Bagi Arm biarlah Arm buat sesuatu yang lain dari yang lain. Buat apa nak ikut-ikut orangkan. Yang penting kita mesti jadi diri sendiri. Kalau korang nak tahu kenapa blog nie Arm wujudkan korang boleh sekodeng kat salam perkenalan dari Arm ha... 


Peh, dah nak jadi macam entry luahan perasaanlah pulak. Hehehe...jangan marah daaa. Oklah, informasi yang Arm nak kasikan kat korang nie adalah berkaitan sekumpulan penyamun yang akan lepak kat stesen minyak dan kemudian akan bagi free jer cenderahati kat korang. Iyalah, bestnya orang bagi cenderahati kat kitakan. Tetapi korang mesti hati-hati eh. Jangan terlalu gembira, nanti menangis tak berlagu pula korang. Cenderahati nie pulak boleh jadi  key chain atau pun anak patung kecil...


Ada apa pula dengan cenderahati nie? Kalau korang dapat cenderahati dari orang yang mencurigakan, Arm syorkan korang cek dan periksa cenderahati tue, ini mungkin kat cenderahati tue telah dipasang alat yang mengesan kedudukan korang berada. Kenapa pula penyamun nie nak tahu kedudukan korang, apakah jadahnya semua niekan. Penyamun nie buat macam nie agar dorang boleh tahu dan kesan di mana rumah korang dan selepas tue barulah dorang rompak rumah korang tue. Bijak juga dorang nie...


So, Arm harap korang sentiasa berjaga-jaga dengan cenderahati yang diberikan kat stesen minyak lebih-lebih lagi dari orang yang korang tak kenal. Mungkin itu adalah perangkap yang diberikan oleh penyamun nie. Kumpulan penyamun nie boleh dikatakan berada di seluruh Malaysia, banyak cawangan dan kaki dorang nie, jadi sentiasa berhati-hatilah...



6 ulasan:

  1. betullah Arm..baru jap tadi akak dapat memo dari petronas nti akak cuba fesbuk kat ko ye..

    p/s; sape mamat yg perlekehkan Arm tuh? - mmg dasar selekeh punya mamat haha!

    BalasPadam
  2. To Finaz : Ok, nnti Arm buka FB...

    BalasPadam
  3. Samalah dengan saya.... ade dapat email - member kasi yang officially dari petronas....

    BalasPadam
  4. lepas nie kalau dapat free gift sure fikir banyak kali punye...

    BalasPadam
  5. To kisahsensasi : Nasib bek Petronas bg emel kan...bagi yang tak dpt...Biarlah Arm yg kasi infonya kat sini...

    BalasPadam
  6. Dasyat oh arm tiba2 transform emo.

    Memang tak patut drng wat malu negara kita.

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..