Best Story

13 April 2010

Si Penjinak Kota...(Wira Tak Didendang)

Inilah wajah Syed Meor si penjinak kota...

Assalamualaikum Arm ucapkan...

Setelah Arm menceritakan tentang kisah-kisah penjenayah brutal yang mana pernah mengegarkan Malaysia nie pada suatu masa dulu macam Botak Chin, dan Bentong Kali. Seperti yang Arm pernah janjikan, pada malam nie Arm akan menceritakan pula kisah wira atau pun hero yang pernah berjuang untuk memastikan keamanan Malaysia. Iyalah balik-balik cerita pasal penjenayah jer, kali nie kita tukar pulak biar ia jadi seimbangkan...

Hero yang Arm nak ceritakan kat korang pada hari nie adalah Datuk Syed Meor Wahid Al-Hubshee Syed Ibrahim yang kini berumur 78 tahun. Korang kenal atau pun tidak Arm tak kisah, kerana beliau pun bukan seorang yang ingin dikenali ramai, baginya biarlah orang tak kenal dia janji jasanya dah banyak kat negara nie. Cayalah, inilah dia wira sebenar iaitu wira yang tak didendang...

Syed Meor nie bukanlah sembarangan orang, banyak kisah dan pengalamannya ketika memburu dan menangkap penjenayah yang merbahaya semasa beliau masih lagi berkhidmat dalam polis dulu. Dia juga adalah orang penting yang terbabit dalam siri pertempuran dan serbuan tangkapan penjenayah Botak Chin di kilang papan tue. Syed Meor diarahkan memangku jawatan DSP Kulaisingam selepas cedera ditembak oleh Botak Chin...

Selain itu, kes bersejarah yang pernah beliau sertai ialah kes tragedi bangunan 12 tingkat, AIA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Yang mana bangunan ini ditawan oleh lima pengganas (Japanese Red Army) pada 4 ogos 1975 yang mana mereka menuntut agar rakan mereka dibebaskan dipenjara Tokyo. Beliau juga adalah salah seorang yang bersemuka dengan pengganas ini untuk berbincang agar tebusan yang ditahan dibebaskan. Seramai 52 orang dijadikan tebusan dalam tragedi ini termasuk rakyat Malaysia, rakyat USA, Jepun dan Sweden...

Tebusan dilepaskan oleh Japanese Red Army

Boleh dikatakan nyawa beliau ketika berbincang dan bersemuka dengan pengganas tue dihujung tanduklah kerana di sekeling bangunan tue dipasang bom oleh pengganas tue. Dalam tragedi nie, seorang anggota polis telah ditembak di kaki oleh pengganas tue kerana cuba merempuh masuk ke dalam bangunan tue untuk menyelamatkan tebusan. Pada kejadian nie, beliau tak pulang ke rumah selama 3 hari...kesiankan...

Mujurlah tragedi tue berakhir tanpa pertumpahan darah. Semua 52 tebusan dibebaskan dan hasil rundingan yang dibuat pengganas terbabit, 5 pengganas terbabit dan lima tawanan penjara Jepun yang dibawa bersama dari Jepun dihantar ke Libya...

Beliau juga adalah seorang berdisiplin tinggi dan sangat antikan rasuah. Beliau digelar 'Penjinak Kota' kerana apa tidaknya, jika beliau turun saja bertugas di kawasan Chow Kit, habis semua kawasan tue jadi senyap. Tiada penjenayah berani tunjuk muka. Beliau juga adalah seorang yang pantang dicabar, pada suatu masa dia pernah dicabar oleh seorang wanita yang memiliki kelab malam untuk serbu kelab malam milliknya. Wanita tue pulak kakak seorang pelakon,kononya polis tak berani serbulah sebab adiknya pelakon...

Apa lagi, Syed Meor serbu habis-habisan kelab malam milik wanita tue sampai kelab tue bankrup..hehehe. Beliau juga pernah diserang oleh kumpulan penjenayah yang ingin diberkasnya. Semasa beliau ingin menyerbu penjenayah tue, dia telah terlebih dulu diserang dan ditembak bertalu-talu. Habis berlubang kereta beliau. Mujurlah beliau selamat, tetapi beliau memang berani dan handal. Habis semua penjenayah tue ditembaknya sebaik penjenayah tue mahu melarikan diri selepas menyerang beliau...

 
Gambar hiasan jer nie, buat gempak dari google

Ada lagi kisah menarik beliau nie, untuk pengetahuan korang semua beliau juga pernah membunuh harimau seorang diri saja. Kalau bunuh nyamuk tue Arm tak hairanlah. Tutup mata pun boleh bunuh.hehehe...Harimau nie dipercayai telah membaham seorang anggota polis inggeris. Beliau kemudiannya menyapu tahi gajah dimuka dan badannya agar harimau tue tak dapat menghidu kehadirannya. Dan akhirnya beliau berjaya menembak harimau tue pada pukul 2 pagi...Beliau juga pernah dihadiahkan seguni kepala tengkorak manusia dari mendiang Temenggung Jugah Anak Barieng semasa bertugas kat Sarawak...

Sedikit lagi maklumat...Syed Meor nie mula menyertai polis pada Mei 1951. Selain memegang jawatan Ketua Polis Daerah Campbell, antara jawatan lain yang pernah dipegang oleh beliau adalah Ketua Polis Daerah Kulai, Simpang Renggam dan Alor Setar, Ketua Trafik Utara dan Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Utara. Kali terakhir beliau bertugas dalam PDRM ialah di unit inteligen di Johor dari 1980 hingga 1986...

 Itulah dia, kisah Datuk Syed Meor salah seorang wira yang pernah berjuang untuk memastikan keamanan dan kedamaian rakyat Malaysia. Dia tidak pernah takut dan gentar jika nyawanya melayang semasa melakukan tugas untuk menangkap penjenayah. Dia juga tak pernah minta disanjung dan dijulang oleh sesiapa. Baginya jenayah perlu di banteras habis-habisan. Inilah semangat wira tak didendang!!!



5 ulasan:

  1. Part bunuh rimau tu aku tak berapa nak heran lagi, yang aku ngeri tu masa dia lumurkan taik gajah untuk mengelakkan diri dari dikesan rimau. Peh, memang otai sejati.

    BalasPadam
  2. To tukangkomputersekolah : haha, mmg kamikaze tahap ndak taulahkan...

    BalasPadam
  3. To Eqah Zaque Billetdoux : mmg hebatlah Billet...susah nak jumpa org cam nie...

    BalasPadam
  4. bapak tiri bini

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..