Salam guys,
Semalam Arm terlihat kekejaman satu jenayah peragut yang disiarkan kat Buletin Utama Tv3 yang terjadi kat Taman Mastiara, Jalan Ipoh. Apabila Arm melihat rakaman cctv yang disiarkan untuk ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia, Arm sungguh terkejut dengan keganasan tahap syaitan peragut tersebut meragut rantai leher kepunyaan mangsa...
Nasib baiklah peragut tersebut tidak melibas parang yang dipegangnya kepada mangsa. Kalau tidak, satu lagi nyawa melayang akibat jenayah ragut yang semakin kejam dan menjadi-jadi...
Mengapa Arm kata jenayah ragut nie semakin kejam, apa tidaknya..jika dahulu peragut hanya menunggu peluang untuk meragut beg tangan atau pun rantai leher mangsa hanya di jalanan saja...tetapi kini mereka sanggup buat apa saja, sehingga sanggup mengejar mangsanya sehingga ke rumah. Mereka semakin berani...
Korang boleh tengok sendirilah detik-detik cemas semasa mangsa dikejar oleh peragut tue...Kesian kat mangsa. Mangsa adalah berumur 62 tahun sedang berjogging kira-kira jam 7.30 pagi apabila dia dikejar oleh 2 peragut yang menaiki motor....
Gambar 1
Mangsa menyedari dirinya dijadikan sasaran oleh peragut. Dia cuba meminta tolong kepada jirannya agar dibukakan pintu pagar tetapi peragut semakin hampir, lalu dia memanjat pagar rumah jirannya untuk melarikan diri....
Gambar 2
Mangsa yang panik telah terjatuh selepas dia melepasi pagar rumah jirannya dan terjatuh dilantai. Peragut yang kejam itu mengejar mangsa dan turut memanjat pagar rumah jiran mangsa...
Gambar 3
Mangsa tidak dapat melarikan diri lagi dan meminta agar peragut itu tidak mencederakan dirinya. Peragut kejam sambil memegang sebilah parang mengarahkan mangsa menyerahkan barang berharga miliknya...
Gambar 4
Selepas peragut tersebut berjaya mendapatkan rantai leher mangsa, peragut tue memanjat pagar tersebut untuk melarikan diri. Seorang jiran yang terdengar jeritan mangsa meminta tolong cuba menangkap peragut tersebut tetapi dia tak berjaya...
Itulah dia, penjenayah sekarang semakin berani dan kejam. Mereka sanggup membuat apa saja, walaupun terpaksa membunuh rakan mereka sendiri. semata-mata untuk lepaskan diri. Korang boleh korek kat sini kisah penjenayah tembak rakan sendiri.
Arm harap korang kat luar tue sentiasalah berhati-hati dan jangan jadikan diri kita sebagai sasaran utama penjenayah, terutamanya kaum wanita..Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar dilindungi dari kekejaman manusia yang zalim...
apa mahu jadik dengan dunia skrg nih... haish.. kejam... tak berperikemanusian.. byk keje lagi leh wat dari meragut...
BalasPadammintak2 dijauhkan dari berlaku kat orang terdekat kite...
BalasPadameeee takut r dgn dunia skrang nie...
BalasPadamskrng smua nk sng jek~
BalasPadamxde rase nk usaha lgsg~huhuh
xkn jiran dia xdgo lgsg?ish2..
terkejut sbnrnye... semakin berani peragut2 skarang..
BalasPadamayue dpt tahu berita ni sbb tgok nightline mlm td.
haih....
ape nk jd la ek skarang ni...
susah nk jmpe zon selamat...
To Aqma eUcaLypTus GurL : Nie mesti kerja mat gian nie..dah tahan nak kena brg...sggup wat apa saja wooo..
BalasPadamTo NK : Samalah2 kita sentiasa berdoa kpd Allah semoga dilindungi dari bala diri kita dan juga keluarga...
BalasPadamkatanya org melayu!
BalasPadamaduhai!!
harap2 dapat di berkas segera!
tembak mati je orang macam tue
BalasPadamSaya ingat saya nak latih empat ekor anak anjing saya untuk baham orang2 macam ni... X perlu saya beli makanan untuk anjing saya setiap hari... Klau saya pakai kereta pulak, dia pakai mtosikal or kereta nak suruh saya berhenti, dalam mimpi dia je saya nak berhenti, saya langgar dia adalah. biar dia rasa...
BalasPadam