Best Story

5 April 2010

Perompak Hati Kering (Tembak Rakan Sendiri Hingga Mati)!!!!

Gambar Hiasan saja..dipinjam dari sini

Assalammualaikum w.b.t

Arm nak bagi tahu kat korang semua nie, rupa-rupanya tadi kira-kira jam 2.45 petanglah begitu, satu rompakan telah berlaku kat sebuah kedai emas Plaza OUG, Jalan Klang Lama. Perompak nie memang berani, langsung tak pakai topeng untuk merompak. Perompak ini hanya berdua, dan salah seorang darinya memiliki pistol...

Sebelum mereka merompak kedai emas tue, mereka dipercayai terlebih dahulu merampas senapang patah milik pengawal kedai emas itu dengan menyusup dari restoran makanan segera yang bersebelahan dengan kedai emas terbabit dan terus menghampiri pengawal yang sedang leka, lalu mengacukan pistol dan merampas senapang patah pengawal kedai emas tue...

Sedang kedua-dua malaun nie asyik mengaut emas yang ada ke dalam beg, rupa-rupanya seorang pengawal kedai emas tue berada di dalam bilik, apabila dia menyedari kedai emas itu sedang dirompak. Dia melepaskan tembakan lalu mengenai badan seorang perompak tue. Lalu perompak yang bersenjatakan pistol melepaskan tembakan balas, tetapi nasib baiklah pengawal keselamatan tue tak kena...

Maka kedua-dua perompak tue pun tak nak tunggu lagi, langsung terus melarikan diri melalui kedai makanan segera kalau tak silap Arm  Macdonald punya restoranlah. Secara tiba-tiba, perompak yang cedera kena tembakan pengawal tadi rebah. Perompak satu lagi yang menyedari rakan yang tercedera dah tak berupaya, dia menghampiri lalu melepaskan 2 das tembakan ke arah rakannya yang tercedera. Lalu rakannya yang terkena tembakan itu pengsan, loh..mana ada pengsanlah, terus mati di situ jugak maaaa...

Selepas melihat rakannya telah mati, dia terus melarikan diri dan membawa hasil rompakan kira-kira RM 500,000 wooo. Polis percaya, suspek adalah seorang yang sangat kejam kerana sanggup membunuh rakannya sendiri agar identitinya tidak terbongkar. Itulah dia bunuh kawannya sendiri, dia takut kalau kawannya tue selamat pasti pihak polis akan menyiasat dan memudahkan dirinya dari ditangkap..

Dia ingat dia boleh lari ah...Ingatlah sepandai-pandai tupai melompat, pasti akan mencium tanah juga. Polis sedang memburu suspek.

6 ulasan:

  1. Sadisnya, mati waktu buat dosa. Nauzubillah. Zalimbetul kawan dia tuh..semoga cepatlah tertangkap..

    BalasPadam
  2. jangan merompak..
    x baek..
    haha..

    BalasPadam
  3. To Finaz : Memang kejam gilalah perompak nie...hati iblis suda dia nie kak...kwn dia pun dia bunuh jgk...

    BalasPadam
  4. tgk berita tadi... kesian kan. macam dalam filem pulak kes ni. sanggup dia bunuh rakan dia tu. kalau dah nama perompak, mana nk ada sifat belas kasihan.. tolong lah uma manusia, jaggan lah merompak , menghisap dadah lah , ganja lah apa la, semua tu merosakkan dirik!!

    BalasPadam
  5. erm siapa suruh buat jenayah..masing-masing ada pembalasannya..yg masih hidup lagi tu nanti tertangkap a..polis malaysia memang cekap selesaikan jenayah..tunggu masa je :)

    Jom Join Kontez Dialog Kelakar!

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..