Assalamualaikum...
Uhuk..uhuk...huk...Maaf terbatuk pula sikit eh. Sejak kebelakangan nie, jenayah ragut semakin menjadi-jadi. Peragut semakin berani dan ganas. Sehingga ada mangsa yang dikejar sehingga ke dalam laman rumah jiran. Pada malam nie, Arm rasa terpanggil untuk berkongsi tips untuk mencegah dari diragut. Walaupun tips nie bukan menjamin 100% daripada kena ragut, tetapi sekurang-kurang jika korang mengamalkan tips ini, peratusan untuk korang daripada dijadikan sasaran utama peragut semakin kecil dan sedikit...
'Mencegah itu lebih baik dari mengubati' istilah nie walaupun untuk berkaitan kesihatan, tetapi bagi Arm istilah nie juga tak salah untuk di amalkan dalam permasalahan jenayah sekarang nie. Bagi Arm, tiada gunanya jika kita dah kena ragut baru nak ambil tindakan. Sepatutnya sejak kita melangkah saja keluar dari rumah, kita sudah mengambil langkah pencegahan untuk tidak dijadikan sasaran peragut nie...
Baiklah, tanpa Arm membuang masa korang lagi, mari kita pergi kepada tips yang pertama....
1. Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan yang mencurigakan...
Perkara basic sebegini yang sebenarnya ramai dari kita terlupa. Jika kita berjalan mengikut arus kenderaan, kita tak akan nampak kenderaan di belakang kita betulkan? Dan perkara nie akan menyenangkan tugas para peragut kerana dengan senang lenang mereka meragut kita. Ini kerana kita tidak dapat melihat sebarang tindakan yang mencurigakan...Tetapi jika kita berjalan bertentangan arus kenderaan, kita bukan saja dapat memerhatikan tindakan yang mencurigakan, kita juga dapat mengawal dan sentiasa bersiap sedia dengan apa saja yang berlaku kerana mata kita sedang dalam lingkungan kawalan kita sebenarnya...
Perkara basic sebegini yang sebenarnya ramai dari kita terlupa. Jika kita berjalan mengikut arus kenderaan, kita tak akan nampak kenderaan di belakang kita betulkan? Dan perkara nie akan menyenangkan tugas para peragut kerana dengan senang lenang mereka meragut kita. Ini kerana kita tidak dapat melihat sebarang tindakan yang mencurigakan...Tetapi jika kita berjalan bertentangan arus kenderaan, kita bukan saja dapat memerhatikan tindakan yang mencurigakan, kita juga dapat mengawal dan sentiasa bersiap sedia dengan apa saja yang berlaku kerana mata kita sedang dalam lingkungan kawalan kita sebenarnya...
2. Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan...
Ini barulah cara yang betul untuk membawa beg tangan cik Kiah woi. dari pemerhatian Arm selama nie, Arm tengok ramai wanita yang membawa beg tangan ala-ala datin gitu. Yang mana, tangan membengkok sedikit yang berbentuk 'V' kemudian, beg tangan tue digantung dengan cara yang cukup ala kadar di bahagian siku tue. Bagi yang selalu buat macam nie, Arm nasihatkanlah dan minta tolonglah sangat-sangat, ubahlah gaya membawa beg tue jika mahu selamat. Kini lupakan gaya ala-ala datin dan cik Kiah tue, ubahlah kepada gaya di atas nie ya...
3. Bawalah dompet yang boleh disimpan dalam kocek...
Kalau Arm pergi mana-mana tue, Arm suka tengok atau pun sekodeng ragam manusia. Terutamanya kaum wanitalah kan, apa barang sekodeng lelaki. Mahu jadi gay kah sekodeng lelaki hahaha..Maksud Arm, kaum wanita nie kalau bawa beg tangan tue, adoi yai punyalah besar. Lepas tue siap ada anu apa nie, labucilah ada macam biji-biji berlianlah yang berkilau-kilau. Nie semua kalau korang ada beg macam nie, Arm harap korang simpanlah kat dalam kotak, lepas tue masukkan dalam stor. Tak payahlah nak bergaya sakan bawa beg besar-besar nie, memadailah dengan bawa dompet yang boleh korang simpan dalam poket. Beg besar nie bukan apa, nanti peragut ingat banyak duit dalam tue...
4. Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai...
Biasalah kita nie kan, kadang-kadang dompet dan handpone yang canggih manggih tue dah selamat kat dalam poket seluar tue. Tetapi asalkan sampai kat meja makan, mesti minta puji keluarkan dompet dan handpone letak kat atas meja makan. Nie pun banyak yang telah jadi mangsa. Sedang asyik berbual dengan member sambil makan mee goreng mamak, zup...macam kilat peragut datang..habis dompet dan handpone kena ragut...
5. Jangan sekali tunjukkan atau pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas korang tue...
Peh, apa tak peragut nak meragut korang semua, nah..gelang penuh satu lengan tue, kalau boleh pakai gelang nak sampai cecah bahu tue. Rantai kat leher jangan cakaplah, besar macam tali kapal laut, kalau di tarik peragut boleh terjerut leher tue nanti. Tak salah nak bergaya dengan barang kemas tue, tetapi beringat-ingat dan berpada-padalah. Kesian kat suami korang, penat dia kerja tue semata-mata nak belikan gelang dan rantai untuk korang semua. Iyalah, gilakah tak sayang bini...kekeke...
6. Jangan letak beg tangan korang dalam bakul terbuka di depan motosikal...
Akak-akak dan abang-abang sekalian, kalau letak beg dalam bakul tue alamatnya habislah peragut senyum jer sambil meragut beg tue. Kalau boleh, pasanglah kat motor kita bakul yang bertutup kat belakang tue. Kalau nak gerak jer simpan saja beg tue dalam bakul tue dan kemudian kunci. Kalau tak mampu juga nak pasang bakul macam tue. Tak payah guna beg tangan. Gunalah beg apa nie namanya, ala beg yang sangkut kat belakang tue..
Sentiasalah membawa payung apabila berjalan tue. Selain boleh melindungi dari hujan dan panas, kita juga boleh mempertahankan diri dengan payung tue apabila diserang oleh peragut. Bawa payung pula jangan alang-alang, bawalah payung yang besar sikit. Kalau peragut tue sekadar bersenjata parang pendek dan pisau, janganlah terus panik. Rilek dan bertenang, kat sini Arm akan kongsikan dengan korang bahagian pusat maut dalam tubuh badan manusia. Maksud Arm bukanlah pula dengan pukulan yang lemah lembut, tetapi dengan pukulan yang kuat akan melemahkan penyerang dan juga mungkin akan membunuh peragut terbabit...
Yah, mari sini rapat-rapat...Sebenarnya point-point maut kat atas nie asas utamanya adalah pusat yang terletak kat perut korang tue. Korang bolehlah kira atau ukur sejengkal dari pusat korang sendiri. Yang mana itu semua adalah pusat maut atau pun jika dipukul dengan kuat di bahagian tue, akan melemahkan seorang manusia. Arm bukanlah seorang pendekar atau seorang pahlawan, tetapi sekadar berkongsi apa yang Arm tahu untuk keamanan sejagat. Ceh, ayat..Ok mari kita mulakan...
Titik A : Bahagian Dahi.
Titik B : Bahagian hidung dan mata.
Titik C : Leher(sasaran utamanya buah halkum tue)
Titik D : Bahagian dada. (sasaran utama tengah2 dada)
Titik E : Pusat (kalau yang pernah rasa orang sepak bola kena kat sini, macam tak boleh bernafaskan)
Titik F : Bahagian kemaluan.
Titik G : Bahagian paha.
Titik H : Tempurung lutut.
Titik I : Betis (sasaran tulang kering tue)
Oklah, Arm rasa cukup setakat nie sajalah. Tak larat dah jari Arm nak taipkan lagi. Yang penting korang praktikkan dan amalkan apa yang Arm senaraikan nie. Lepas tue Arm harap, janganlah ilmu nie disalah gunakan yer kawan-kawan semua. Hehehe...
Selamat malam....
Info yg sgt bagus..especially no7 tuh...baru akak tahu.. Thanks ya for sharing!
BalasPadamsama-sama kak..apa yg Arm kongsikan nie adalah ikhlas dari Arm...
BalasPadamwahh! bagus lah info ni! tenkiuu tawuu. dpt pahala dahh turun 1 ilmu aini. ;D
BalasPadamNISECA suka merapu
wa,,bgusnye note ny...ley jdi pdoman... tq ye.. i like it!!!!
BalasPadam