Best Story

28 April 2010

Yakinlah Pada Dirimu...

Salam Arm ucapkan...



Setiap manusia yang hidup kat dalam dunia nie mestilah mempunyai keyakinan pada diri sendiri. Jika tiada sifat yakin pada diri sendiri, nescaya seseorang manusia itu pasti tak akan dapat mencapai apa yang dihajatinya dan apa yang telah dirancang olehnya tak berjaya digapai....


Bagi pandangan diri Arm selagi kita beranggapan apa yang ingin kita buat itu menuju ke jalan yang benar dan kita ikhlas untuk melakukan apa-apa saja pekerjaan yang ingin kita buat tue, jangan takut teruskan langkah untuk melakukan apa yang ingin kita buat....


Sebaliknya jangan pula keyakinan diri yang dianugerahkan Allah SWT itu kita salah gunakan pula. Maksud Arm kat sini, macam untuk melakukan pekerjaan yang bertentangan dengan agama dan melanggar undang-undang. Jika sifat yakin diri tue kita buat untuk menyakiti insan lain, contohnya macam membuli rakan sekolah atau pun rakan sekerja itu adalah sangat tidak bagus....


Eh, korang jangan fikir hanya kat sekolah jer ada buli. Sebenarnya kat alam dewasa dan pekerjaan pun buli sebenarnya masih ada berlaku. Itulah adanya kes gaduh sehingga membabitkan nyawa melayang. Tetapi bagi mereka yang mempunyai keyakinan diri nie selalunya mereka mampu berfikir di luar kotak pemikiran manusia....


Kesimpulannya dalam entry Arm kali nie, sifat yakin diri nie sebenarnya adalah kunci atau pun syarat utama untuk berjaya. Hanya insan yang memiliki jiwa besar berani menempuh jalan yang tak pernah orang lain lalui dan langsung tak pernah terfikir oleh manusia lain....   


 

15 ulasan:

  1. ya. betol tu! sokong sangat2.! ;D yakin! yakin!



    nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Pendapat korang tentang background baru

    BalasPadam
  2. kalau kita benar2 yakin kepada Allah dgn sbnar2 yakin... Insya-Allah Dia akan mengurniakan kita keyakinan itu.. :)

    BalasPadam
  3. btol3...
    keyakinan diri sgt penting..
    tp biarlah pada yg +ve sahaja..
    huhuhu..

    sbenrnye trtarik nk bace entry ni sbb tgok ade gmbr harimau ngan org tu..
    kot lah arm nk crite psl harimau mkn org ke.. org mkn harimau ke...
    hehehehe..

    yelah.. crite2 kat blog arm ni menarik! huhu

    BalasPadam
  4. btul2~

    dgn Allah sndiri.. klu kita yakin dgnNya dijamin kukuh iman kita. iA..

    :p

    BalasPadam
  5. kalau tak yakin pun tak boleh jugak..janji apa yang nak di buat tu tak memudaratkan diri kita.

    BalasPadam
  6. to isha : tue beruang betul yg jinak...hehehe

    BalasPadam
  7. To Nukilan Insani : Betul2..apa2 pun yakin pada Allah SWT paling utama...barulah berjaya dunia dan akhirat...

    BalasPadam
  8. To Ayue Aishah : Iyalah..klu keyakinan pada benda negatif tak ada ertinya kan keyakinan kita tue...

    BalasPadam
  9. To kak ina kl : keyakinan mesti ada dlm diri seorang insan..dan gunakanlah keyakinan kita itu utk kejayaan..

    BalasPadam
  10. Btol tu..setuju sgt dgn pandangan anda..tgk cm org2 yahudi tu..bilangan diorg x ramai pon, tp diorg ni berjiwa besar, penuh keyakinan, mampu menjatuhkan bangsa2 lain..tp tu dr konteks yg salah la..

    so bangunlah kita bangsa Melayu!! hahah..

    BalasPadam
  11. ~Jika kau fikirkan kau boleh
    Kau hampir boleh melakukan
    Jika kau fikirkan ragu-ragu
    Usahamu tidak menentu ~

    Haha, tiba-tiba pulak teringat lagu Piala Thomas 1992 lepas baca artikel lu ni.

    BalasPadam
  12. yakin kepada diri sendiri, tapi jangan over confident pulak.

    BalasPadam
  13. ha'a. sgt bersetuju dgn incik Arm. tp mmg tak bleh over confident jugak. nt jd cenlaen pulak.

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..